Thursday, May 14, 2009

Kenapa la sampai jadi macam ni..

Peristiwa ni berlaku pada minggu lepas di stesen saya.. saya ada rekod dalam cctv, cadangnya saya nak publish juga rakaman cctv tu tapi saya fikir nanti mengaibkan orng pula. Cukuplah saya bercerita, mudah mudahan ada pelajaran buat kita semua.

Waktu tu pukul 10.30 malam. Seperti biasa pada waktu ini masih lagi busy, ramai customer yng datang isi minyak..standby, so esok pagi tak perlu kelam kabut terus saja pergi kerja. Saya duduk dikaunter luar bersama seorang staff malam yng telah pun sampai awal, sedang saya asyik menyemak jumlah sales dikaunter luar.. tiba-tiba

PRANKKK!! bunyi cermin pecah dgn kuat..
kemudian suasana menjadi senyap..
semua mata... mencari-cari arah mana datangnya bunyi tadi.. dan tiba-tiba dengar suara pekikan.. yng boleh saya dengar dgn jelas..

"Aku dah ceraikan kau, kau boleh belah la!! yng kau nak sibuk kacau aku buat apa!.. tempik seorang lelaki kepada seorang perempuan yng bertudung putih..

Babi kamu! ko ingat ko boleh ambik anak aku macam tu je!! Babi.. babi jerit perempuan tu kembali sambil melibas beg tangannya dan terus menarik rambut lelaki tersebut.. buat seketika mereka bergelut. beg tangannya dilibas berkali2 dan sesekala dicakar muuka lelaki tersebut..

"Bangsat!! .. ko bukan lagi bini aku! kau boleh blahh!! tempik lelaki tu lagi.. Babi kamu!! aku nak anak aku bodoh!! jerit perempuan tu lagi dan dia terus menerpa kedalam kereta Waja berwarna silver disebelah lelaki tersebut... dan ketika itu juga lelaki itu menarik dan menampar muka perempuan tersebut.. dan mereka bergelut lagi sambil perempuan tu menampar dan mencakar muka lelaki tersebut.. perkataan babi dan bangsat berselang seli keluar dari mulut mereka berdua.

Pada waktu itu juga kami mendengar suara budak menangis.. didalam kereta waja tersebut. Rupa-rupanya anak pasangan ini ada dalam kereta, seorang lelaki dan seorang perempuan.. kedua-duanya menangis dgn kuat. Kami yng berada di sekeliling dah mula rasa tak selesa.. dan saat ini ramai yng berhenti berkumpul untk melihat adegan mereka.

Dan ada seorang Hamba Allah yng saya kenal.. Abg ni kerja sebagai tentera, cuba untk mententeramkan keadaan mereka dgn memberi nasihat dgn cara yng baik tetapi malangnya ditempik pula oleh perempuan bertudung tu.. "Kau jgn masuk campur!! ini bukan urusan kau!! tempiknya.. melihat ditempik begitu, Abg tu pun beredar dan terus menghampiri saya. "Zaid.. ko telepon polis aje, berlagak betul diorang ni" kata Abg tu pada saya.

Saya pada waktu itu.. didalam hati memang dah ada niat untk call polis, cuma saya agak kaget kerana ini adalah soal rumahtangga orang so saya tak begitu pasti sama ada nak call polis atau tidak. Kemudian.. datang pula seorang customer cina yng juga saya kenal.. "Zaid .. call polis la, nanti dia hantam itu perempuan,mati dekat sini lagi you susah" kata customer tu pada saya.

Disaat ini kedua-duanya masih lagi bergelut dgn perempuannya melibas2 beg tangan, mencakar muka dan menarik rambut lelaki tersebut, manakala anak2 mereka menangis dgn kuat didalam kereta. "OK.. saya call polis" saya cakap pada Abg tu.. baru saya nak keluarkan handphone.. tiba-tiba

Gedebukk!! lelaki tu menerajang bekas isterinya, terhoyong-hayang perempuan tu kebelakang.. dan on the spot, Abg yng tentera tadi bersama2 dgn customer yng lain ramai2 terus menerpa ke lelaki dan perempuan tu dan cuba untk meleraikan pergaduhan diorang. Tapi still.. usaha kami hanya mendapat sekali lagi tempikan dari lelaki tersebut yng menyuruh kami jgn masuk campur hal urusan rumah tangga diorang.

At this moment.. saya dah pun menghubungi balai polis Puchong Jaya, saya inform ada suami isteri bergaduh berebut anak kat stesen, then saya minta polis hantar kereta peronda dgn cepat. Sekejap je, dalam 2 minit.. Alhamdulillah polis pun sampai..

Melihat polis sampai kedua-duanya pandai pula berlakon.. buat2 konon macam takder ape2, yng si perempuan bertudung putih tadi tiba2 terus masuk kedalam kereta tanpa dihalang oleh bekas suaminya, manakala.. yng lelaki tadi buat2 nak hisap rokok. Polis terus tanya kami siapa yng bergaduh, kami semua on the spot menunjuk ke arah kereta Waja silver yng dah pecah cermin sisinya.

Polis pergi kat diorang.. then simple je polis tu cakap "korang nak settle masalah korang kat sini ke atau dua-dua nak pergi balai? .. masing2 senyap, then lelaki tu mencelah.. "takpelah encik, kami balik rumah jela" katanya. "tahu pulak nak balik.. kalau tahu nak balik kenapa tadi tak balik, ini berperang kat sini.. tak tahu malu ke? masing2 senyap. Kami yng mendengar pun senyap juga.. "sekarang aku nak korang settle benda ni kat sini.. aku tunggu" kata polis tu lagi.

Then selepas tu diorang just duduk dalam kereta.. tak tahu la apa yng dibincangkan. Dalam setengah jam selepas tu, kedua-duanya beredar tapi sebelum tu, polis tadi telah mengambil data-data peribadi mereka berdua. Kesian kat polis tu terpaksa pula stay kat sini tunggu diorang, walhal mungkin ada perkara lain yng lebih penting.

Nota: Kes ni bukan rekaan aku, apa yng terjadi itulah yng aku tulis not less not more. Aku doakan benda2 macam ni tak terjadi baik pada diri aku dan juga kawan2 semua. Ingatlah satu perkara kawan-kawan.. kita nak membina sesuatu perhubungan/persahabatan bukannya mudah, ianya mengambil masa berbulan-bulan dan bertahun-tahun, tapi untuk meruntuhkan persahabatan/perhubungan itu cukup senang.. mungkin dalam satu hari atau mungkin dalam 5 minit sesuatu perhubungan itu boleh putus. So bersama kita fikir-fikirkan dan ambillah pelajaran.

21 comments:

HEMY said...

aku rasa kat dlm keta dia pn maki..babi babi babi bangsat polis datang...huhu

tp bila emosi dh mengatasi akal...biasa la tu

sentosa77 said...

Hemy- iya la ..rasanya mesti diorang bermaki2 lagi.

eiza in the house.. said...

salam awak,
cak..eiza dah kesini..:)

ya Allah, kalu iman tak kuat mau jd cmnie..
nie mesti kes miss komunikasi.. kesian anaknya..
kene lihat benda2 cm gni depan mata

nasib baik tak jd ape2 kat stesen awk tu kan..
leh blnja eiza minyak free nie :)

sentosa77 said...

Salam.. ha samapi pun dia :)
ye la, memang kesian kat anak dia, kecik2 dah tengok benda ni depan mata. nak belanja minyak free.. saya isi minyak pon kena bayor huhu

Bro Framestone said...

thank untuk info nie... aku klu jd cam nie mmg jrg join.. nk tgok pun aku x?? bukan apa.. takut krg aku yg terlibat jd org ke-3 pulak.. xpasal2 esok kuar paper aku masuk hospital he..23x

out of topic--> salam juga buat kamu...sihat je... thank coz bgtau ygkamu dh tukar ke blog baru..tp blog yg mane satu ek

sentosa77 said...

Salam juga.. saya pun kalo ikut tak nak tengok,tapi dah jadi kat tempat keje, nak buat cemane.. hehe
ini je la pun blog saya.. yng satu lagi tu tak berapa aktif..

Cikgu Ije said...

ya Allah. sedih bila baca kisah ni. suami isteri boleh gaduh. dulu kawin, saling cinta. anak pun da ada sepasang.

bila rasa sayang hilang... hmm

semoga dorang dpt settlekan masalah dgn baik.

dulu dibelai, kini dilibas. uhu

sentosa77 said...

ye la.. bab2 macam ni, boleh menyentuh perasaan kita. harapnya mereka boleh selesai dgn cara yng baik..

p/s- dulu dibelai kini dilibas, nak tergelak pun ade bace ayat ni :)

JohnJenin said...

Macam macam hal dunia sekarang. Bila dua dua keras kepala, macam ni la jadinya.

Orang macam ni bahaya kalau ada senjata dalam tangan, sebab akal diaorg pendek.

sentosa77 said...

betul tu John.. kalau ada senjata, tak tahu la apa yng terjadi agaknya, nasib baik takde ape2.

Leenoh said...

Salam Zaidon.
Pak Ngah pernah dengar cerita rasanya beberapa bulan dulu, bergaduh seperti inilah juga tetapi yang jantan tu terlalu marah pergi buang anak dalam tong sampah, Nasib baik orang yang melihat kejadian itu pergi tolong budak itu. Pak Ngah pun tidak pasti dari sumber mana Pak Ngah dapat cerita ini, dah lupa.

Apapun Zaidon, Zaidon jangan terlalu bimbang dengan karenah manusia yang tidak terdidik itu. Nanti serik pula he3.

Nanti Pak Ngah cari yang baik untuk Zaidon....kalau bersetuju la.
Jangan marah ye Pak Ngah bergurau je, tapi bergurau pun boleh, nak sungguh pun boleh.

Tapi yang sedia ada itupun dak baik, Cuma Pak Ngah dah terputus cerita Zaidon tu. Hati Pak Ngah ni rasa macam Zaidon memberhentikan cerita atau Pak Ngah yang tidak ikuti.

ezzati said...

kesiannya anak2 durang tu...
rasa mcm bca dialog drama pulak..
siyesss..

sentosa77 said...

Salam Pak Ngah.. amboi mendalamnya penilaian Pak Ngah terhadap saya :)

Ezzati- memang kesian.. macam drama, entahlah, rasanya tak nak tengok lagi benda ni happen kat depan mata..

adie said...

tragik betul citer ni. dulu sblm kahwin bukan main sayang lagi, tapi naper ending nye jadik begitu. kesian kat anak².

sentosa77 said...

Salam buat Mr.Penyu.. terima kasih kerna sudi singgah sini..heheh ya kesian kat anak2..

Sharif John said...

Bro... you did a very right thing that night... mmg la bukan hak bro nk msk campur tp as manusia, mmg kita perlu masuk campur jgk kadang2... mana la tau jd bnda yg lg serius... Tp lelaki tu x bole jgn fizikal kt prmpuan tu... bg saya, x gentle la... biar kena penyepak ke terajang ke, janji x naik tangan kt pompuan... Nauzubillah...
By the way, respek that tentera guy...

kueh bakar said...

kalo aku ada situ..
aku smack down 2 2 org tu..
ekekeke..

sentosa77 said...

John- ye la.. nasib baik juga polis sampai awal, so depa cepat2 stop gaduh.. the tentera guy, yes saya pun respek kat dia.

Kueh bakar- amboi hang.. smackdown terus. hehe

~ mizzAmy ~ said...

iksh.... yg bini pun boleh tahan mulutnya. nak settle, bawa g court la. nih duk bergaduh depan org awam wat malu muka je.

momentinlife said...

eih.. sedihnye baca crita ni...

kenapa bole jd mcm tu? klu di pukul, dicakar oleh someone yg kita pnh syng, sakitnye kt hati lbh parah.. owh God!

*ermm ishk! xtau nk ckp ape.. =(

Wizza said...

takutnye.

mntk dijauhkan :)