Saturday, May 23, 2009

Bangang punya syarikat Insurans..

Awal Tahun lepas.. after 'Rakan Cop prgrm' teman masuk satu insurans ni selepas di push oleh bekas rakan business bos yng kini dah pun kena fired.. sbb menipu. Masa prgm tu teman cuma bagi details biodata.. then after 2 week sales person syarikat insurans ni pun call ler teman.

Masa call tu biasalah, semua sales person mulut semua manis (termasukler teman).. so dia pun explain.. Insurans ni dia akan 'cover you' .. bla..bla.. bila kena kejar ngan lembu, tercekik tulang..bla..bla cirit birit, diganggu makhluk tak halus dan sebagainya. So after that teman pun decide, OK lah teman join.. so selepas sambung lagi sembang bla..bla..bla.. dia bagi kat teman options cara pembayaran. Bank in sendiri atau tolak melalui 'auto-debit' melalui maybank kad. Masa tu tgh busy.. so teman decide untk soh dia buat 'auto-debit', then teman pun bagilah nombor kad maybank. Then next 2 minggu bermulalah proses pembayaran dan teman 'dicover oleh syarikat insurans tu'..

Bulan Februari lalu.. masa tengah training buat akaun dgn boss kat dalam office.. Teman telah terperasan satu folder bertulis 'INSURANS' diantara banyak2 folder fail kat dlm office tu, lepas boss keluar teman pun amik folder tu then baru teman perasan, rupa-rupanya Boss dah ambil Takaful Insurans berkumpulan untk teman, Kak Ika dan Syawal (member senior). Malah Boss ada simpan semua details2 pembayaran yng mana juga start pada tahun lepas. So teman pun fikir.. kalau Boss dah buatkan insurans tuk teman, tak payoh ler teman nak bayor lagi untk insurans lain.

Sekarang ekonomi baru nak pulih so kena 'cut the cost and cut the fruits but enjoy the fruits and save the cost'. jadi teman call ler syarikat insurans tu cakap teman nak terminate polisi dan stop payment. Bla.. bla.bla diorang cakap OK, diorang akn stop 'auto debit' to. Bulan 3.. OK, bulan 4..OK then pagi tadi masa cek maybank2u.com, tergejut teman bila tengok duit teman dah kena potong oleh syarikat insurans tu balik.. Ish..Ish. tak boleh jadi nih, teman susoh2 nak menabung untk Kahwen diorang sesuka hati je nak ambik.

Teman terus call syarikat insurans tu.. 'robot' yng angkat cakap waktu keje cuma 'monday to friday, if you know the extension please press the number'.. extension mendenya.. mane la teman tahu. Takpe.. teman tak putus asa, teman call maybank, yng angkat 'robot' juga tapi ada orng yng keje.. nasib baik. Bercakap dgn En.Razif.. teman pun luahkan lah perasaan teman. Then dia cakap.. benda ni nak settle teman kena antor surat rasmi ke cawangan maybank Kinrara hari Isnin nanti untk soh diorang 'block' syarikat insurans tu dari 'mencuri' duit teman. Allah.. kena buat surat ler pulok, nak tunggu hari Isnin tu macam2 boleh jadi.. buatnye syarikat insurans tu debit payment untk bulan 3 dan 4 pulak.. naya ler teman.

Apa lagi.. teman terus pergi maybank, cucuk ATM kad, teman keluorkan semua duit.. cuma tinggalkan 30 ringgit je kat dlm bank tu. Lepas tu pergi Puchong Jaya.. masuk semua duit tadi dalam Alliance bank pulak.. Puas hati teman. Hujung bulan ni, dapat je gaji memang teman keluorkan semua then sumbat ke Alliance.. sampe mende ni settle. Bengong punya syarikat insurans.. kalau nak duit kita, laju je ambik.. tak bagi salam pun, tapi kalau kita nak balik.. Ade senang boleh dapat? Haramm...

Moral story.. kalau boleh, tak payah la nak buat 'auto-auto debit' ni, baik apa hutang pon, just bayar macam biasa awal2 bulan kat bank, senang cerita..

p/s: Buat Cik Ezzati, Cik Eiza dan Cik Neddy... tag2 yng Cik2 semua bagi kat saya, InsyaALLAH nanti saya buat.. saya tak lupa. Terima Kasih :P
p/s: Sambil buat keja.. dengar lagu Akon.. 'Beautiful' best .. Your so Beautifull!!

23 comments:

Lifesaver said...

syarikat insurance tu ada insurance x????haha

Zaidon said...

huh.. idok pula teman tahu.. hehe

John Iverson said...

Mcm biasa la bro... klu duit kite tu senang je ambik, kdng2 tu bergaduh mcm duit tu org pny... sabar ye...

Zaidon said...

betul tu.. John, ye teman sabor leni. John pulak, amacam Misi dah berjaya ker .. hehe.. nanti cerita kat blog.

momentinlife said...

wah.. duit tuk kawen??
sensitif tu..=p
mmg tak patut dorg buat mcm tu...

Zaidon said...

Iya kahwen.. saya ni dah tua , tapi belum kawen lagi.. sian saya isk..isk :)

zaidi ali said...

Salam sdr Zaidon.

Teman nak cadangkan pada komer, buat standing instruction pada sykt komer bekerja..suruh deme kreditkan segala duit gaji komer ke Alliance Bank. Biaq la sykt insuran tu debit duit sen-sen jer dari akaun Maybank! amacam?

Zaidon said...

Salam.. En.Zaidi, bagus juga cadangan tu. nanti teman bagitahu kat boss teman, terima bebanyok.

Leenoh said...

Salam Zaidon.
Kesian dia, tapi tidak mengapa, akhirnya dapat selesai juga.

Zaidon said...

Salam Pak Ngah.. sorry lama saya tak ke blog Pak Ngah, bukan apa.. busy sket. Takpa..benda ni boleh settle.

John Iverson said...

Misi sy xkan selesai kot dlm masa terdekat ni... sabar menghadapi ujian... akn sy tempuhi cabaran ni

Monkey D Luffy said...

hehehe

aku dpt idea nak stop insuran :)

Zaidon said...

John.. respek kat Bro, bagus!

Kapten- ko pun mesti melalui auto debit jugak.. hehe

Mogen Ali Rico said...

pasnie aku nak terminate semua insuran yang aku ade..insuran keter, rumah, ptptn dan semualah..
bak kata boss ko, kita mesti potong kos dan makan buah ( aku tak paham pepatah nie tapi lantaklah)

aku jadikan kisah ko nie sebagai pengajaran..sekainn

nahmy said...

mmg sering sgt jadi bebenda kurafat camni. lagi besor kompeni kurafat tu (atau koperat??) lagi byk yg kita kena manipulasi...

Jard The Great said...

ok zaidon... nnt bg number fon.. utk ke lanchang nnt...

ezzati said...

mmg hampeh la syarikat insurans tu..ada gak..tp, xdela buat auto debit..

QueenWizza said...

woho. pasni kalo nk bli insuran baik byr sendiri kan. xyah potong terus br bank. huhu

eiza in the house.. said...

hai salam awak..
rupanya en Zaidon nie org perak yer?..baru teman tau..hehe

baguslah berigt sebelum terlambat..
bijak sekarang, bijak akan dtg :)

momentinlife said...

kamu kenape??

Zaidon said...

Salam buat Moment, Ali Rico, En.Nahmy, Zarah, Ezzati, Queen, Eiza dan juga Moment sekali lagi.. Sory lmbty reply.. :)

Ali Rico- boleh terminate ke insurans kereta.. tak boleh rasanya, actually saya pun tak faham pepatah tu, yng faham cuma cut cost.,..hehe .thanks

En.Nahmy- betul tu.. lagi besar company khurafat, lagi besar manipulasinya..

Zarah- tak confem boleh ikut sbb Kakak ipar baru bersalin pula.. and adik-beradik cadang nak berkumpul.. nanti saya beritahu semula. thanks

Ezzati- ya..memang hampeh, bagus tak buat auto debit.. :)

Queen- iya.. lebih baik bayar manual kat bank.. :)

Eiza- iya.. saya orang Perak :) iya bijak akn datang.. :)

Moment- tiada apa2.. terima kasih kerana bertanya.. terima kasih :)

HEMY said...

KInrara tu dh dekat sangat ngan umah teman cho...jemput tgok teman melompat melipat petang2..ehehe

Zaidon said...

jemput datang ke stesen minyak teman (perasan).. kat Taman Kinrara seksyen 1, stesen minyak shell.. yng ada 7Eleven.. teman duduk kat Bandar Kinrara 5, dekat dgn masjid. Kome main takraw dekat dgn sekolah tadika swasta tu ke?