Monday, October 5, 2009

Boleh tak...

Buat semua yng bernama lelaki yng dah kahwin kat luar sana...

Boleh tak.. boleh tak.. jangan biarkan isteri anda yng sedang 'PREGNANT' pergi isi minyak kereta 'sorang-sorang diri'!!

Ada akal kan? ada otak kan? .. stesen minyak bukanlah tempat yng selamat terutamanya bagi akak akak atau makcik makcik yng sedang 'MENGANDUNG' apatah lagi untk mengisi minyak.

Bayangkan.. bayangkan.. isteri anda yng sedang pregnant tu, sedang dia mengisi minyak, tiba tiba dia rasa pening kepala atau nak pengsan. How?

Bagaimana kalau dia betul betul jatuh pengsan dan dia tertarik nozel pam tu jatuh ke tanah dan melimpah minyak tu ke badan dia? How?.. anda tahu kan minyak petrol boleh meresap kedalam kulit?

Bagaimana pula.. sedang dia mengisi minyak, tiba2 datang peragut yng entah dari mana muncul terus menyentap beg tangan atau dompet isteri anda dan isteri anda terjatuh. How?

Jadi fikirkanlah.... masing2 ada akal, jangan tahu nak 'beromen' aje. Balik keja, tengok kereta isteri dah kering minyaknya.. tolonglah bawak ke stesen minyak dan tolong isikan. Selain dapat pahala ianya juga dapat mencegah dari perkara2 yng tidak diingini berlaku kepada isteri anda.

Saya berpesan sebab perkara yng disebut tadi hampir hampir berlaku kepada seorang customer kami, mujur tak ada apa2, saya perasan yng kakak yng pregnant ni hampir nak jatuh terduduk ketika mengisi minyak. Awalnya saya tak perasan yng akak ni pregnant, tambah pulak guna kredit kad swipe kat pam jadi memang tak perasan, parking pulak kat paam yng hujung, so memang tak perasan, hanya selepas lihat dia cuba berjalan ke bahagian depan kereta dlm keadaan yng agak terhoyong hayang... terus saya lari kearahnya, tolong bukakan pintu dan let her rest, selepas rehat dlm 40 minit.. dia kembali ok.

p/s- risau juga teman, buatnya tetiba akak tu tumpah darah kat situ, rasanya teman pulak yng pengsan.