Tuesday, June 23, 2009

Si comel..



Balik dari tempat keja pagi tadi.. dia dah tercogok depan pintu, actually ni kucing jiran.. tapi dia suka merayau2 dan masuk kerumah orng tapi kami tak kisah sbb kucing ni tak pernah berak dalam rumah :) tengoklah tu.. baru bukak je sliding door, terus dia pegi dapur..



terus selongkar dapur sambil mengiau, agaknya dia tanya .. friskies ade tak?? geram tengok bulu ekornya..



teman bagi tahu dia.. friskies takder tapi nasi goreng ade ler, dia belasah juga nasi goreng tu.. :)



kekenyangan.. relax sambil bergaya manja..



nanti next time datang laagi boleh yaa.. agaknya itu kot yng dia nak cakap kat teman, tak pon mungkin dia nak tanya bile nak kawen, sunyi jer rumah ni.. hehe



aduhh.. gatal ler pulak telor ni.. lupa nak basuh suar dalam.. hehe. lepas main2 meloncat sana meloncat sini then dia pon keluar balik sbb ade kucing betina lalu kat depan rumah.. :)

p/s- at least terhibur sket hati tengok keletah si comel ni pagi tadi. takder mood laa.

Wednesday, June 17, 2009

Demam.....

...Dari hari Ahad..
Tapi kena keja juga sbb Kak Ika masih dok kat spital teman Abe Ari..

Panasnya badan.. time sakit2 ni terus terfikir, kalau dah ada Isteri.. bestnya

- boleh mintak picit-picitkan kepala...
- boleh soh tolong masakkan bubur atau ayam golek.. :)
- boleh mintak tolong mandikan..
- nak manja.. boleh baring baring kat riba dia.. auuww

Friday, June 12, 2009

Adakalanya...

Mengamati kehidupan, seumpama berdiri dihadapan jendela..

Disitu kita dapat melihat dua dunia yang berbeza. Satu dunia ialah di luar jendela, situasi dimana kita dapat melihat pelbagai peristiwa yng berlaku kepada orang lain.. mereka gembira, sedih, marah, bahagia dan sebagainya..

Dunia yang satu lagi ialah disebalik jendela. Iaitu diri kita sendiri, satu situasi dimana kita hanya dapat melihat diri sendiri.. kita dapat melihat diri kita sedang gembira, sedih, marah, bahagia dan sebagainya..

Perbezaannya...

Tika kita melihat ke luar jendela.. kita turut bersama-sama dgn mereka untk gembira, kita ketawa, kita pun turut merasa bahagia, kita turut bersedih, kita mendoakan kebahagiaan mereka dan sebagainya..

Namun..

Bila kita kembali disebalik jendela.. melihat diri sendiri. Sebaliknya pula berlaku..

kita sedih... mungkin tiada siapa yng tahu
kita gembira.. mungkin kita ketawa sendirian
kita bahagia.. hanya pabila menatap kembali memori indah yng terakam dalam album cerita, itu pun jika ada cerita yang bahagia..
dan kita mula berbicara sendirian dengan jiwa, lalu pelbagai persoalan ditanya..

'apa yng perlu dibuat sekarang'
'kenapa begini?
'dimana dia.. rindu pada dia..'
'adakah aku yng bersalah..'
'sepatutnya aku sudah berjaya..'
'Jika dia ada disisi.. gembiranya..'
'kenapa sikapnya begitu..'
'aku ingin pergi jauh..'
'aku ingin berbual dengannya.. tapii'
'aku ingin memikat hatinya.. tapii'
'aku keliru..'
'Oh Tuhan.. ampunkan dosaku..'

Begitulah sunyinya diri disebalik jendela..

Adakalanya... walaupun kita melihat berbillion jumlah manusia disekeliling kita, bersekeliling dengan rakan-rakan namun perasaan sunyi itu tetap ada dan ianya sentiasa ada...

Wednesday, June 10, 2009

Pentingnya cara mesej/ berita itu disampaikan..

Ini adalah kisah benar...

semalam pukul 2 petang Kak Ika iaitu rakan sekerja sedang makan bersama2 dgn suaminya. Sesudah makan.. Abg Ari nak masuk kerja balik, lalu Kak Ika suruh suaminya bawak kereta jgn naik motor.. dia cakap hatinya bimbang. Tapi Abg Ari cakap takder ape2.. so Abg Ari pun bertolak ke Kelana Jaya dgn menaiki motosikal..

Sampai di sunway... highway yng menghala ke Kelana Jaya.

Motor dibawa laju.. (berdasarkan info dari seorang saksi yng sangat baik hati)

Laju.... sehingga tak terkawal dan terbabas ke sebelah divider kiri jalan dan tergolek..

Banyak kenderaan berhenti... dan ada yng turun untk melihat dan memberi bantuan, kelihatan Abg Ari cuba untk berdiri tetapi gagal... kaki sebelah kirinya kelihatan terkulai.

Abg Ari ambil handphone dalam poketnya dan terus menghubungi isterinya iaitu Kak Ika yng sedang bekerja di kaunter..

Perbualannya ringkas sahaja...

Abg Ari : Maaa... aku accident, kaki aku patah!

respond dari isterinya...

Kak Ika : Abangggg!!! ..... gedebuk terus terduduk... nak pengsan.............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


moral story: Kalau kita dah tahu orng yng tersayang tu lemah semangatnya, pastikan cara kita sampaikan mesej tu tidak terlalu memeranjatkannya. Macam kes yng ini nasib baik Kak Ika nak pengsan kat dalam kaunter, kalau dia time tu dia sorang2 kat dalam tandas? or sorang2 kat dalam office... tak tau saya nak cakap macam mana. So cara kita sampaikan mesej/berita tu penting sebenarnya..

p/s: terima kasih bebanyak kepada brother yng tolong Abg Ari, dari call Ambulans sampailah dia follow ke PPUM dan kemudiannya tunggu pula kami sampai kesana.. kami berbual singkat dan dia terus berlalu tanpa mengharapkan apa2 balasan, sungguh mulia hatinya. Semoga Allah mencurahkan rahmat, memberikan kesejahteraan dan murahkan rezeki kepadanya..

Tuesday, June 9, 2009

Halal? .. pastikan ianya halal..

Semalam kalau ikut jadual, tanker yng datang untk supply minyak ke stesen patut datang awal dlm pukul 8 malam.. tapi pukul 12 lebih baru sampai. Takpalah.. teman tak kesah sbb sama ada awal atau lmbat tanker tu datang memang tanggungjawab teman untk 'receivenya'.

Cuma semalam.. Abg driver yng datang tu orng baru, teman pun tak berapa kenal. seperti biasa selepas ukur minyak kami pun mulakan pengisian kedalam tangki bawah tanah.. semuanya berjumlah 27,000 liter bagi petrol U97 dan 5400 liter diesel. So.. it take time to finish, mula2 kami banyak berdiam... then dah lama lepas tu barulah brother tu 'break the ice'..

brother : banyak ye kedai makan kat area ni.. - tanya brother ni sambil menengok nengok kawasan sekitar stesen.
teman : erm.. iya memang banyak. - teman time ni dah mula ngantuk2 ayam..
brother : kedai mana yng sedap?
teman : actually semua same je, yng belah depan ni kedai tom yam, boleh le tahan, yng bawah belah kiri ni kedai mamak, boleh le tahan juga, belah kiri ni kedai India muslim, yng kanan belah depan ni kedai India muslim campur ngan budak thailand masak tom yam.. yng kat hujung sana tu Old Town White Coffee.. boleh ler tahan juga..
teman sambung lagi..
teman : tapi kedai india muslim ngan budak tom yam ni, dia punya roti canai memang sedap, saya selalu beli..

then brother datang dekat teman sambil tengok 'name tag' teman..

brother : zaid sure ke yng kedai ni memang Indianya orang islam..?
teman : saya tak pernah tanya, tapi taukeh kedai tu cakap yng buat roti canai ni memang india muslim, tapi tak tahu betul te tak..
brother : kalau zaid tak sure sama ada betoi atau tak, ngape beli juga?
teman : ater.. dia punya roti fresh, bile kita order dia buat baru, tak macam kedai mamak yng kat bawah tu.. just panaskan roti yng lama..
brother : abang bukan nak tunjuk pandai dlm bab agama ni, tapi.. zaid kena ingat sebagai orng islam kita jgn buat main soal halal dan haram.. kita kena pastikan benda yng kita makan ni halal dan baru kita makan, sekiranya kita was-was maka halal tadi boleh tertolak dan silap2 boleh jadi haram..
teman : ermm... - hilang ngantuk ayam teman..
brother : nape penting soal halal dan haram ni? sbb salah satunya ia ada kaitan dgn 'kebersihan'. kita ni sebagai orng islam.. kita dididik untuk bezakan baik/buruk atau kotor/bersih.. bila kita berhadas kecil kita mesti bersihkan diri kita, bila kita berhadas besar.. maka kita wajib bersihkan diri kita kerana itu adalah tuntutan dalam islam. sekarang.. orng buat roti canai tadi kita tak sure adakah dia orng islam atau tak, katakanlah dia bukan orng islam.. bile dia pegi kencing atau berak, lepas pegang 'anu' dan punggung dia, dia basuh tak tangan dia? kita pon tak tahu..
teman :erm..
brother : cemane pulak kalau lepas dia 'melancap' then dia terus uli tepung roti canai tu? lagi haru.. sbb dirinya dalam keadaan kotor dan roti yng kita makan tadi juga kotor.. walaupun roti tu baru buat..
teman : gulp..!
brother : Abg bukan nak tunjuk pandai... tapi memang kita hidup kat KL ni, bila kita dah lapar, kita main masuk je mana2 kedai untk makan, tak kiralah kedai thailand, mamak atau India muslim.. tanpa kita soalkan sama ada betul atau tidak mereka ni orng islam.. so just hati-hati.. selalu ada sikap dlm diri kita, adakah ianya halal? then pastikan ianya halal sbb di akhirat nanti akn dipersoalkan lagi..
teman : .... OK - sambil angguk2 kepala..

Kami meneruskan perbualan... dgn menyentuh pelbagai topik lain. Bagi teman.. apa yng brother tu cakap tadi ada betulnya juga.. buat masa ni tak nak ler beli roti canai kat situ lagi, teman buat sendiri roti canai kat rumah. Teman welcome komen dari kekawan semua.. tima kasih.

p/s: perbualan diatas tidak ditokok tambah atau berkokok, bercambah.. :)

Wednesday, June 3, 2009

Jangan Tinggal Daku...

Jangan Tinggal Daku

Jangan tinggal daku
Oh kasih oh juwita
Kanda sedang rindu
Pada mu yang manis jelita

Hanya dikau seorang
Oh bintang oh pujaan
Tempat kasih sayang
Harapan di masa hadapan

Andai dinda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana

Ooo jangan tinggal daku
O dewi O kasihku..
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu

Andai dinda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana

Ooo.. jangan tinggal daku
O dewi O manisku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu


Buat yng tersayang... kedoakan selalu agar kesejahteraan sentiasa ada buat dirimu, ku pohon agar rahmat selalu dicurahkan pada dirimu dan aku tidak malu disini merayu pada dirimu agar setia bersamaku.. Aku mengerti apalah ada pada diriku, hanyalah seukir senyuman yng itu pun belum tentu mampu mengembirakan hatimu.. Namun fahamilah sayangku, didasar hati ini.. Aku amat sayang pada dirimu.. Andainya suatu hari dikau ingin pergi.. Mengertilah sayangku yng dunia pasti menjadi kelabu buat diriku dan aku kan berjalan dalam kelam dan hati menjadi resah tidak menentu..

Mengertilah sayangku.. kehadiranmu membawa banyak erti pada diriku.. Biar hari mendung namun hatiku tidak pernah rundung.. Biar malam tiada bintang namun ku tidak bimbang kerna engkaulah bintang hatiku..

Sayangilah daku dan setialah sayangku...

Dengarlah rayuan ikhlasku..