Tuesday, March 16, 2010

Buku yng dipinjam tadi..



Alhamdulillah, memang buku ni yng dicari.. masa keluar rumah tadi memang dah terdetik dalam hati, "harapnya ade la buku ni kat library"... syukur memang ada. Ianya adalah kisah benar tentang seorang pemuda yng telah berjaya menyelami segala selok belok dalam 'financial market' dimana dia lebih cenderung kepada 'Oil trading'.. segalanya bermula dari New York Merchantile Exchange sampai la ke Dhubai sana. Baru baca sikit... gaya bahasa yng bersahaja, penuh dgn jenaka.. cukup menarik :) membacanya mengingatkan saya dgn buku 'Ugly Americans' juga dari pengarang yng sama iaitu Ben Mezrich, juga tntg kisah benar budak America ripe millions dollar profit from Asian market. Salute to Ben!!



Perkara yng membuatkan saya tertarik untk pinjam buku ni adalah kerana pengarangnya.. Barton Biggs, dia berkhidmat dgn 'Morgan Stanley' selama 30 tahun, dia telah membentuk top investment analisis dan dia juga adalah number one as a U.S investment strategies select by Institutional Investor magazine poll dan dia juga number one dlm 'Global Strategies' dari 1996 hingga 2003. Dalam buku ni dia fokus pada 'Hedge Funds' iaitu satu entiti yng boleh menggunakan wide trading strategy didalam financial market yng mana tidak ada pada mutual fund seperti selling short, high leverage (macam Goerge Soros speculate dlm currency market), heavily use trading program dsb.. Since dia telah bergelumang dan merasai 'twist and turn' dalam bidang ni, so dlm buku ni dia dedahkan sebahagian pengalamannya. Baru baca sikit... gaya bahasanya mudah tapi kena fokus sbb dia seorang yng serius, tak banyak joke :)

Tuesday, March 9, 2010

The Fourth Kind Movie - I think you should watch...



Have you seen UFO? percaya tak adanya hidupan lain selain dari kita? Pernah tak hiidupan lain ini membuat 'contact' dgn manusia? Alright.. kalau you all search kat google, sure akn jumpa banyak website yng komen tntg filem ni, kebanyakannya kutuk filem ni... diorang cakap filem ni bukan berdasarkan actual studies tapi just fake study. Pandangan saya... anda tengoklah dulu then baru decide betul ke tak, ikutlah masing2 punya beleive. Satu perkara yng membuat saya agak terkedu, kes kes yng dipaparkan dalam filem ini baru saja berlaku iaitu pada Oktober 2000. sekiranya kes2 ini benar then ini bermakna alien alien kat langit sana nampaknya masih lagi ingin mengetahui cara manusia hidup.

Karaktor utama dalam filem ini ialah Dr.Abigail Tyler, beliau seorang pengamal psikatri di kawasan Nome, Alaska, yng membantu individu yng mengalami masalah psikologi. Ada debat here, ada yng cakap tiada nama Doktor ni kat kawasan tu, but we just go on with the story. OK.. direportkan dikawasan itu sejak dari tahun 1972 lagi ramai penduduknya dilaporkan hilang dan juga berlaku siri kematian secara misteri. Sejak dari tahun itu juga, pihak FBI telah menjalankan siasatan yng intensif terhadap kes kes kehilangan ini, namun tiada mendatangkan hasil atas siasatan mereka jalankan. Conclusion yng pihak FBI buat adalah kematian2 misteri yng direkodkan adalah disebabkan oleh 'kesan pengambilan alkohol berlebihan atau kesan cuaca sejuk yng melampau'.

Didalam filem ini, kita akan di tontonkan rakaman rakaman yng dibuat oleh Dr.Abigail terhadap pesakit pesakitnya dan juga rakaman2 dari pihak polis. Semua pesakit pesakitnya mengalami simptom yng sama iaitu sukar untk tidur malam dan sering diganggu oleh makhluk2 yng tidak dapat diceritakan rupa bentuknya - 'Alien'. Makhluk2 ini memerhatikan mereka melalui tingkap kemudian yng paling 'worst' makhluk2 ini masuk ke dalam rumah mereka .. menculik mereka dan membuat ujikaji terhadap mereka, semua yng mereka lalui ini seolah seolah dalam mimpi akan tetapi kesan2 pada tubuh mereka seperti lebam dan sebagainya membuatkan mereka merasa takut dan gusar.. sebab itulah mereka bertemu dgn Dr.Abigail dgn tujuan untk mencari ketenangan dan jawapan. Dr.Abigail telah cuba sedaya upaya untk membantu namun beliau gagal malah lebih teruknya Dr.Abigail sendiri telah mengalami pengalaman yng sama seperti mana pesakit2nya hadapi, sehinggakan anaknya hilang tidak ditemui sehingga kini dan dia percaya telah diculik oleh Alien.



Didalam filem ini juga kita akan didengarkan rakaman rakaman audio yng dirakam oleh Dr.Abigail dan juga rakaman audio yng dibuat oleh pihak polis. Saya ingin ceritakan tentang rakaman2 yng telah direkodkan, sebelum saya teruskan ingin saya bertanya pada you all, pernah tak anda melihat 'bomoh' atau pun Ustaz ustaz yng cuba memulihkan orang orang yng terkena santau atau sihir? Apa yng berlaku semasa ustaz2 tu nak pulihkan pesakit? yng paling pasti kita akn lihat pesakit akn mengeluarkan suara suara yng pelik yng mana ianya bukan dari pesakit itu. Alright.. sekiranya anda pernah then apa yng anda akn lihat dalam rakaman itu nanti seolah2 ada persamaan. Cuma yng berbezanya kali ini suara suara pelik itu 'menggunakan bahasa purba Sumerian yng mana bahasa ini telah ada dibumi 4000 tahun sebelum kedatangan Nabi Isa Alaihissalam'.

Persoalannya.. kenapa suara suara pelik (Alien) yng keluar dari pesakit pesakit Dr.Abigail, malah dari beliau sendiri ketika dirawat... menggunakan bahasa Sumerian purba'..?? adakah Alien/entiti ini sudah hidup dari zaman puba lagi? I don't know..

Ada 2 rakaman video dl filem ini yng cukup menarik..

1. Salah seorang pesakit Dr.Abigail telah terapung atas katil dalam 50 saat sambil mulutnya ternganga luas dan mengeluarkan suara pelik berbahasa Sumeria purba.

2. Rakaman dari kereta polis yng berkawal diluar rumah Dr.Abigail dimana menunjukkan kapal UFO terbang diatas rumahnya dan seterusnya dikatakan menculik anak perempuan Dr.Abigail..

Untk melihat rakaman itu anda tontonlah filem tu ya dan decidelah either filem itu based on factual studies atau tidak...

Tuesday, February 16, 2010

Movie yng agak mengesankan...

Hari ni off day.. tapi takde kuar pegi mana2, just rehat rehat kat rumah. Udah lama juga teman tak nengok movie kat wayang, so memang banyak movie yng dah ketinggalan, jadi teman pun beli aje la dvd.. tidak mengecewakan, movie yng teman beli ni bagi teman cukup memberi kesan pada hati teman, teman beli 3 movie tapi yng mengesankan hati cuma 2 aje iaitu cerita 'The Hurt Locker' dan juga 'The Road' ..



OK.. 'The Hurt Locker' adalah sebuah filem yng berdasarkan pada real experience, real event dan real environment seorang wartawan perang (Mark Boal) ketika membuat liputan perang di Iraq. Ianya tertumpu pada pasukan elit pemusnah bom atau dipanggil 'EOD - Explosive Ordnance Disposal squad. Sebelum ni biasa juga dengar tentang team pemusnah bom tapi pengetahuan tentangnya amatlah sedikit yng dpt kita dengar.. ye lah udah negara kita aman takde bom sana, bom sini that's why kita tak berapa tahu sangat, ye tak? Rupanya dlm satu team tu cuma 3 orng saja dan hanya sorrang saja yng pakai baju kalis bom tu dan pergi 'matikan' sesuatu bahan letupan. Apa yng mengesankan ialah ianya berkenaan dgn teamwork, memahami sikap rakan sekerja, how experience people handle sesuatu yng amat sukar, bagaimana beraninya mereka handle satu situasi yng sangat bahaya, bagaimana mereka boleh mempunyai semangat yng sebegitu?.. dan yng paling penting kalau tak ada squad ni rasanya lagi ramai orng awam yng terkorban. Filem yng sangat baik, pengarahan yng mantap dan effect yng cukup berkesan untk membuatkan kita 'sit and watch'..

p/s - rasa scary bila tengok mamat yng nak musnahkan bom tu dengan selamba tarik 7 bom hidup keluar dari pasir dan berjaya dimatikan, agaknya apa dalam hati dia masa dia tarik bom bom tu? bagaimana dia boleh berani sebegitu?



Movie yng setrusnya ialah Filem 'The Road'.. lakonan si Viggo yng dulu berlakon dlm filem LOTR. OK.. opening cerita ni tahu tahu Amerika/dunia? dah hancur, tak pasti sama ada kena bom atom ka, perang ka apa ka.. not sure. Yng ada hanya puing-puing atau sisa sisa kehidupan, bangunan semuanya terbiar dan lusuh, pokok2 banyak tinggal dahan saja, orng yng hidup saling bermusuhan dan rompak merompak.. So tema cerita ni berkisar pada seorang bapa yng begitu sayang dgn anaknya lalu ingin membawa anaknya keluar dari negara ni dan menuju ke selatan.. (pun tak sure selatan tu nak pegi mana) dgn hasrat utamanya ialah untk menyelamatkan masa depan anaknya. Jadi sepanjang perjalanan mereka menempuh pelbagai dugaan, rintangan, cabaran dan juga ancaman..dan bapa tadi tetap melindungi, menjaga dan mengembirakan anaknya. Apa yng mengesankan ialah, sebelum ni tak banyak filem yng menceritakan kasih ayah pada anaknya, kebanyakan cerita hanya tertumpu pada kasih ibu terhadap anaknya, jadi dlm filem ni ditonjolkan bagaimana dalamnya kasih seorang ayah kepada anaknya. Saya rasa semua lelaki faham... apabila kita sayang pada seseorang, apa yng akan kita buat? ... fikir fikirkan.

p/s - Rasa 'sad' juga masa ending, time bapa budak tu dah nak 'nazak'... rasa macam takda harapan pada budak tu untk survive tapi nasib baik ada yng membantu..