Tuesday, February 16, 2010

Movie yng agak mengesankan...

Hari ni off day.. tapi takde kuar pegi mana2, just rehat rehat kat rumah. Udah lama juga teman tak nengok movie kat wayang, so memang banyak movie yng dah ketinggalan, jadi teman pun beli aje la dvd.. tidak mengecewakan, movie yng teman beli ni bagi teman cukup memberi kesan pada hati teman, teman beli 3 movie tapi yng mengesankan hati cuma 2 aje iaitu cerita 'The Hurt Locker' dan juga 'The Road' ..



OK.. 'The Hurt Locker' adalah sebuah filem yng berdasarkan pada real experience, real event dan real environment seorang wartawan perang (Mark Boal) ketika membuat liputan perang di Iraq. Ianya tertumpu pada pasukan elit pemusnah bom atau dipanggil 'EOD - Explosive Ordnance Disposal squad. Sebelum ni biasa juga dengar tentang team pemusnah bom tapi pengetahuan tentangnya amatlah sedikit yng dpt kita dengar.. ye lah udah negara kita aman takde bom sana, bom sini that's why kita tak berapa tahu sangat, ye tak? Rupanya dlm satu team tu cuma 3 orng saja dan hanya sorrang saja yng pakai baju kalis bom tu dan pergi 'matikan' sesuatu bahan letupan. Apa yng mengesankan ialah ianya berkenaan dgn teamwork, memahami sikap rakan sekerja, how experience people handle sesuatu yng amat sukar, bagaimana beraninya mereka handle satu situasi yng sangat bahaya, bagaimana mereka boleh mempunyai semangat yng sebegitu?.. dan yng paling penting kalau tak ada squad ni rasanya lagi ramai orng awam yng terkorban. Filem yng sangat baik, pengarahan yng mantap dan effect yng cukup berkesan untk membuatkan kita 'sit and watch'..

p/s - rasa scary bila tengok mamat yng nak musnahkan bom tu dengan selamba tarik 7 bom hidup keluar dari pasir dan berjaya dimatikan, agaknya apa dalam hati dia masa dia tarik bom bom tu? bagaimana dia boleh berani sebegitu?



Movie yng setrusnya ialah Filem 'The Road'.. lakonan si Viggo yng dulu berlakon dlm filem LOTR. OK.. opening cerita ni tahu tahu Amerika/dunia? dah hancur, tak pasti sama ada kena bom atom ka, perang ka apa ka.. not sure. Yng ada hanya puing-puing atau sisa sisa kehidupan, bangunan semuanya terbiar dan lusuh, pokok2 banyak tinggal dahan saja, orng yng hidup saling bermusuhan dan rompak merompak.. So tema cerita ni berkisar pada seorang bapa yng begitu sayang dgn anaknya lalu ingin membawa anaknya keluar dari negara ni dan menuju ke selatan.. (pun tak sure selatan tu nak pegi mana) dgn hasrat utamanya ialah untk menyelamatkan masa depan anaknya. Jadi sepanjang perjalanan mereka menempuh pelbagai dugaan, rintangan, cabaran dan juga ancaman..dan bapa tadi tetap melindungi, menjaga dan mengembirakan anaknya. Apa yng mengesankan ialah, sebelum ni tak banyak filem yng menceritakan kasih ayah pada anaknya, kebanyakan cerita hanya tertumpu pada kasih ibu terhadap anaknya, jadi dlm filem ni ditonjolkan bagaimana dalamnya kasih seorang ayah kepada anaknya. Saya rasa semua lelaki faham... apabila kita sayang pada seseorang, apa yng akan kita buat? ... fikir fikirkan.

p/s - Rasa 'sad' juga masa ending, time bapa budak tu dah nak 'nazak'... rasa macam takda harapan pada budak tu untk survive tapi nasib baik ada yng membantu..