Tuesday, March 16, 2010

Buku yng dipinjam tadi..



Alhamdulillah, memang buku ni yng dicari.. masa keluar rumah tadi memang dah terdetik dalam hati, "harapnya ade la buku ni kat library"... syukur memang ada. Ianya adalah kisah benar tentang seorang pemuda yng telah berjaya menyelami segala selok belok dalam 'financial market' dimana dia lebih cenderung kepada 'Oil trading'.. segalanya bermula dari New York Merchantile Exchange sampai la ke Dhubai sana. Baru baca sikit... gaya bahasa yng bersahaja, penuh dgn jenaka.. cukup menarik :) membacanya mengingatkan saya dgn buku 'Ugly Americans' juga dari pengarang yng sama iaitu Ben Mezrich, juga tntg kisah benar budak America ripe millions dollar profit from Asian market. Salute to Ben!!



Perkara yng membuatkan saya tertarik untk pinjam buku ni adalah kerana pengarangnya.. Barton Biggs, dia berkhidmat dgn 'Morgan Stanley' selama 30 tahun, dia telah membentuk top investment analisis dan dia juga adalah number one as a U.S investment strategies select by Institutional Investor magazine poll dan dia juga number one dlm 'Global Strategies' dari 1996 hingga 2003. Dalam buku ni dia fokus pada 'Hedge Funds' iaitu satu entiti yng boleh menggunakan wide trading strategy didalam financial market yng mana tidak ada pada mutual fund seperti selling short, high leverage (macam Goerge Soros speculate dlm currency market), heavily use trading program dsb.. Since dia telah bergelumang dan merasai 'twist and turn' dalam bidang ni, so dlm buku ni dia dedahkan sebahagian pengalamannya. Baru baca sikit... gaya bahasanya mudah tapi kena fokus sbb dia seorang yng serius, tak banyak joke :)

Tuesday, March 9, 2010

The Fourth Kind Movie - I think you should watch...



Have you seen UFO? percaya tak adanya hidupan lain selain dari kita? Pernah tak hiidupan lain ini membuat 'contact' dgn manusia? Alright.. kalau you all search kat google, sure akn jumpa banyak website yng komen tntg filem ni, kebanyakannya kutuk filem ni... diorang cakap filem ni bukan berdasarkan actual studies tapi just fake study. Pandangan saya... anda tengoklah dulu then baru decide betul ke tak, ikutlah masing2 punya beleive. Satu perkara yng membuat saya agak terkedu, kes kes yng dipaparkan dalam filem ini baru saja berlaku iaitu pada Oktober 2000. sekiranya kes2 ini benar then ini bermakna alien alien kat langit sana nampaknya masih lagi ingin mengetahui cara manusia hidup.

Karaktor utama dalam filem ini ialah Dr.Abigail Tyler, beliau seorang pengamal psikatri di kawasan Nome, Alaska, yng membantu individu yng mengalami masalah psikologi. Ada debat here, ada yng cakap tiada nama Doktor ni kat kawasan tu, but we just go on with the story. OK.. direportkan dikawasan itu sejak dari tahun 1972 lagi ramai penduduknya dilaporkan hilang dan juga berlaku siri kematian secara misteri. Sejak dari tahun itu juga, pihak FBI telah menjalankan siasatan yng intensif terhadap kes kes kehilangan ini, namun tiada mendatangkan hasil atas siasatan mereka jalankan. Conclusion yng pihak FBI buat adalah kematian2 misteri yng direkodkan adalah disebabkan oleh 'kesan pengambilan alkohol berlebihan atau kesan cuaca sejuk yng melampau'.

Didalam filem ini, kita akan di tontonkan rakaman rakaman yng dibuat oleh Dr.Abigail terhadap pesakit pesakitnya dan juga rakaman2 dari pihak polis. Semua pesakit pesakitnya mengalami simptom yng sama iaitu sukar untk tidur malam dan sering diganggu oleh makhluk2 yng tidak dapat diceritakan rupa bentuknya - 'Alien'. Makhluk2 ini memerhatikan mereka melalui tingkap kemudian yng paling 'worst' makhluk2 ini masuk ke dalam rumah mereka .. menculik mereka dan membuat ujikaji terhadap mereka, semua yng mereka lalui ini seolah seolah dalam mimpi akan tetapi kesan2 pada tubuh mereka seperti lebam dan sebagainya membuatkan mereka merasa takut dan gusar.. sebab itulah mereka bertemu dgn Dr.Abigail dgn tujuan untk mencari ketenangan dan jawapan. Dr.Abigail telah cuba sedaya upaya untk membantu namun beliau gagal malah lebih teruknya Dr.Abigail sendiri telah mengalami pengalaman yng sama seperti mana pesakit2nya hadapi, sehinggakan anaknya hilang tidak ditemui sehingga kini dan dia percaya telah diculik oleh Alien.



Didalam filem ini juga kita akan didengarkan rakaman rakaman audio yng dirakam oleh Dr.Abigail dan juga rakaman audio yng dibuat oleh pihak polis. Saya ingin ceritakan tentang rakaman2 yng telah direkodkan, sebelum saya teruskan ingin saya bertanya pada you all, pernah tak anda melihat 'bomoh' atau pun Ustaz ustaz yng cuba memulihkan orang orang yng terkena santau atau sihir? Apa yng berlaku semasa ustaz2 tu nak pulihkan pesakit? yng paling pasti kita akn lihat pesakit akn mengeluarkan suara suara yng pelik yng mana ianya bukan dari pesakit itu. Alright.. sekiranya anda pernah then apa yng anda akn lihat dalam rakaman itu nanti seolah2 ada persamaan. Cuma yng berbezanya kali ini suara suara pelik itu 'menggunakan bahasa purba Sumerian yng mana bahasa ini telah ada dibumi 4000 tahun sebelum kedatangan Nabi Isa Alaihissalam'.

Persoalannya.. kenapa suara suara pelik (Alien) yng keluar dari pesakit pesakit Dr.Abigail, malah dari beliau sendiri ketika dirawat... menggunakan bahasa Sumerian purba'..?? adakah Alien/entiti ini sudah hidup dari zaman puba lagi? I don't know..

Ada 2 rakaman video dl filem ini yng cukup menarik..

1. Salah seorang pesakit Dr.Abigail telah terapung atas katil dalam 50 saat sambil mulutnya ternganga luas dan mengeluarkan suara pelik berbahasa Sumeria purba.

2. Rakaman dari kereta polis yng berkawal diluar rumah Dr.Abigail dimana menunjukkan kapal UFO terbang diatas rumahnya dan seterusnya dikatakan menculik anak perempuan Dr.Abigail..

Untk melihat rakaman itu anda tontonlah filem tu ya dan decidelah either filem itu based on factual studies atau tidak...

Tuesday, February 16, 2010

Movie yng agak mengesankan...

Hari ni off day.. tapi takde kuar pegi mana2, just rehat rehat kat rumah. Udah lama juga teman tak nengok movie kat wayang, so memang banyak movie yng dah ketinggalan, jadi teman pun beli aje la dvd.. tidak mengecewakan, movie yng teman beli ni bagi teman cukup memberi kesan pada hati teman, teman beli 3 movie tapi yng mengesankan hati cuma 2 aje iaitu cerita 'The Hurt Locker' dan juga 'The Road' ..



OK.. 'The Hurt Locker' adalah sebuah filem yng berdasarkan pada real experience, real event dan real environment seorang wartawan perang (Mark Boal) ketika membuat liputan perang di Iraq. Ianya tertumpu pada pasukan elit pemusnah bom atau dipanggil 'EOD - Explosive Ordnance Disposal squad. Sebelum ni biasa juga dengar tentang team pemusnah bom tapi pengetahuan tentangnya amatlah sedikit yng dpt kita dengar.. ye lah udah negara kita aman takde bom sana, bom sini that's why kita tak berapa tahu sangat, ye tak? Rupanya dlm satu team tu cuma 3 orng saja dan hanya sorrang saja yng pakai baju kalis bom tu dan pergi 'matikan' sesuatu bahan letupan. Apa yng mengesankan ialah ianya berkenaan dgn teamwork, memahami sikap rakan sekerja, how experience people handle sesuatu yng amat sukar, bagaimana beraninya mereka handle satu situasi yng sangat bahaya, bagaimana mereka boleh mempunyai semangat yng sebegitu?.. dan yng paling penting kalau tak ada squad ni rasanya lagi ramai orng awam yng terkorban. Filem yng sangat baik, pengarahan yng mantap dan effect yng cukup berkesan untk membuatkan kita 'sit and watch'..

p/s - rasa scary bila tengok mamat yng nak musnahkan bom tu dengan selamba tarik 7 bom hidup keluar dari pasir dan berjaya dimatikan, agaknya apa dalam hati dia masa dia tarik bom bom tu? bagaimana dia boleh berani sebegitu?



Movie yng setrusnya ialah Filem 'The Road'.. lakonan si Viggo yng dulu berlakon dlm filem LOTR. OK.. opening cerita ni tahu tahu Amerika/dunia? dah hancur, tak pasti sama ada kena bom atom ka, perang ka apa ka.. not sure. Yng ada hanya puing-puing atau sisa sisa kehidupan, bangunan semuanya terbiar dan lusuh, pokok2 banyak tinggal dahan saja, orng yng hidup saling bermusuhan dan rompak merompak.. So tema cerita ni berkisar pada seorang bapa yng begitu sayang dgn anaknya lalu ingin membawa anaknya keluar dari negara ni dan menuju ke selatan.. (pun tak sure selatan tu nak pegi mana) dgn hasrat utamanya ialah untk menyelamatkan masa depan anaknya. Jadi sepanjang perjalanan mereka menempuh pelbagai dugaan, rintangan, cabaran dan juga ancaman..dan bapa tadi tetap melindungi, menjaga dan mengembirakan anaknya. Apa yng mengesankan ialah, sebelum ni tak banyak filem yng menceritakan kasih ayah pada anaknya, kebanyakan cerita hanya tertumpu pada kasih ibu terhadap anaknya, jadi dlm filem ni ditonjolkan bagaimana dalamnya kasih seorang ayah kepada anaknya. Saya rasa semua lelaki faham... apabila kita sayang pada seseorang, apa yng akan kita buat? ... fikir fikirkan.

p/s - Rasa 'sad' juga masa ending, time bapa budak tu dah nak 'nazak'... rasa macam takda harapan pada budak tu untk survive tapi nasib baik ada yng membantu..

Sunday, November 1, 2009

kunjungan yng indah..

Semalam teman banyak termenung aje kat tempat keja.. mood turun naik dah macam perempuan yng pegnant :). Bukan ape fikir nak cari keja lain sebenarnya, ingat nak keluar dari Selangor ni dok kat tempat lain pulak.. tak tahulah

Tetiba.. dlm pukul 10:30 malam,teman mendapat satu call dari seorang lelaki yng menyatakan yng dia dari 'Balai Polis Kajang'..aduh teman punye ler riso, biasanya 'Balai Polis Puchong' atau dari Shell HQ bahagian safety je yng ade call, ini dari Kajang, teman dah pikir bukan2..

Alih-alih.. yng call tu tanya teman kenal tak dgn Wafa, dia cakap Wafa sekarang kena tahan kat balai, dia cuma ingat nama teman je.. time ni teman dah agak ini mesti member blog ni.. :)

Terima kasih pada Wafa dan Hemy.. kerna sudi menjenguk saya, buat Wafa.. ia saya memang tak hensem :) oleh sebab terkejut dan terharu teman langsung tak teringat nak ambik gambor pengantin berdua ni.. hahaha jgn marah, cuma gambar kek coklat je yng ade. terima kasih lagi buat Wafa.. sedap kek coklatnya, bertuah sape jadi suaminya, pandai masak, pandai buat kek :)



Sepanjang pertemuan singkat semalam kami banyak berbual mengenai isu isu penting seperti 'isu pemanasan global', hala tuju politik negara, import dan export, citer bisnes dua tiga juta, isu gejala sosial.. dan serba sedikit ulasan tentang 'Belanjawan 2010'.. ye ye je :)

Terima kasih sekali lagi pada Wafa dan Hemy kerna sudi singgah ke tempat kerja saya, semoga kalian sentiasa dirahmati selalu hendakNYA.. :) begitu juga buat kawan2 semua.

Monday, October 5, 2009

Boleh tak...

Buat semua yng bernama lelaki yng dah kahwin kat luar sana...

Boleh tak.. boleh tak.. jangan biarkan isteri anda yng sedang 'PREGNANT' pergi isi minyak kereta 'sorang-sorang diri'!!

Ada akal kan? ada otak kan? .. stesen minyak bukanlah tempat yng selamat terutamanya bagi akak akak atau makcik makcik yng sedang 'MENGANDUNG' apatah lagi untk mengisi minyak.

Bayangkan.. bayangkan.. isteri anda yng sedang pregnant tu, sedang dia mengisi minyak, tiba tiba dia rasa pening kepala atau nak pengsan. How?

Bagaimana kalau dia betul betul jatuh pengsan dan dia tertarik nozel pam tu jatuh ke tanah dan melimpah minyak tu ke badan dia? How?.. anda tahu kan minyak petrol boleh meresap kedalam kulit?

Bagaimana pula.. sedang dia mengisi minyak, tiba2 datang peragut yng entah dari mana muncul terus menyentap beg tangan atau dompet isteri anda dan isteri anda terjatuh. How?

Jadi fikirkanlah.... masing2 ada akal, jangan tahu nak 'beromen' aje. Balik keja, tengok kereta isteri dah kering minyaknya.. tolonglah bawak ke stesen minyak dan tolong isikan. Selain dapat pahala ianya juga dapat mencegah dari perkara2 yng tidak diingini berlaku kepada isteri anda.

Saya berpesan sebab perkara yng disebut tadi hampir hampir berlaku kepada seorang customer kami, mujur tak ada apa2, saya perasan yng kakak yng pregnant ni hampir nak jatuh terduduk ketika mengisi minyak. Awalnya saya tak perasan yng akak ni pregnant, tambah pulak guna kredit kad swipe kat pam jadi memang tak perasan, parking pulak kat paam yng hujung, so memang tak perasan, hanya selepas lihat dia cuba berjalan ke bahagian depan kereta dlm keadaan yng agak terhoyong hayang... terus saya lari kearahnya, tolong bukakan pintu dan let her rest, selepas rehat dlm 40 minit.. dia kembali ok.

p/s- risau juga teman, buatnya tetiba akak tu tumpah darah kat situ, rasanya teman pulak yng pengsan.

Tuesday, September 1, 2009

Analisis harga minyak..

Click untk enlarge, chart pertama ialah Carta pergerakan harga minyak bagi penhantaran bulan Oktober, now price hold around USD 70 +/-. Manakala chart kedua ialah pergerakan harga bagi Index Dow Jones iaitu index utama rujukan dunia terhadap perkembangan ekonomi Amerika. Technical analisis dibawah berdasarkan 'Fibonacci'.




Semua analisis adalah dari pandangan saya sendiri, if you don't like it then minta pandangan dari yang lebih pakar. TQ

Thanks to www.fxpro.com for the chart.

Thursday, August 27, 2009

Mendung Yang Bererti Hujan..



Alhamdulillah, semalam adalah hujan lebat yng pertama dlm bulan Ramadhan, kat area sini la, kat tempat lain tak tahu pula saya, maybe kelmarin dah hujan :-) awan mendung berarak datang dari arah timur seawal 5.30 ptng dan sedikit demi sedikit perlahan lahan melitupi langit dengan awan hitam..



Tiupan angin mula terasa kencang dan amat sejuk sekali, makhluk Tuhan yng bernama manusia mula mempercepatkan langkah untk sampai ke destinasi masing masing.. Seolah-olah hujan yng turun itu seperti satu makhluk yng amat ditakuti dan perlu dijauhi. Terfikir saya andainya awan sebegini berarak ke negara yng kering kontang seperti digurun jauh sana, tentunya Manusia di sana menari-nari dgn penuh gembira seolah-olah hujan itu Makhluk yng paling di Cinta.



Sudah lumrah kejadiannya.. petir pun memanah dan guruh pun berdentam berdentum, andainya mata kita dapat melihat proses terbentuknya 'Kilat' itu, pasti semua manusia kan mendongak ke langit dgn perasaan takut dan tiada yng berani untk membuat dosa.



Setelah beratnya awan mengandungkan air, lantas dicurahkannya ke bumi lalu dipanggillah ia 'hujan', lalu dgn hujan itu ditumbuhkan dgn tumbuh tumbuhan dan dengan tumbuh tumbuhan itu ianya memberi manfaat kepada manusia. Namun, untk mencari kelibat tumbuh tumbuhan dimuka bumi ini sudah seperti mencari sekelumit 'Iman didalam dada', yng banyaknya hanyalah bangunan bangunan yng juga wujud seperti 'cendawan yng tumbuh selepas hujan' ... Dunia semakin tua dan manusia selalu berfikir yng dia ingin sekali kekal muda.


p/s - Slownya connection maxis subuh tadi, agaknya pencawang diorang kena panah petir kot, modem maxis ZTE tu saya letak kat celah tingkap baru boleh surf intenet, nasib baik cablenya pendek kalau tak cadangnya nak letak atas bumbung.. :-) kena sambor kilat naya je teman.. :-)

Tuesday, August 25, 2009

Shell Unleaded 95



Alhamdulillah, seperti yng tercatat dalam jadual, stesen kami akn membuat 'conversion' untk minyak Shell Unleaded 95 pada semalam pukul 4.00 pagi, tenang sungguh waktu pagi pada bulan Ramadhan :)



Jat pun turut join semalam, dia adalah anak Boss yng sulung, seorag yng baik dan masih belajar kat sebuah kolej swasta, sementara nak tunggu pukul 4 pagi, dia layan game motor ngan awek dia (tiada dlm gambar)



Tepat pukul 4.00 pagi, engineer dari HQ call dan ask kami standby untk tutup stesen untk proses 'conversion'. Sementara engineer buat conversion dalam sistem melalui 'remote dialing', kami tukar dan tampal semua sticker kat area 'forecourt', especially sticker untk minyak Unleaded 95.



Alhamdulillah, sistem stesen kami tak ada sebarang masalah, pada pukul 4.20 pagi, Engineer call beritahu untk buat check price kat pam dan juga POS dikaunter jualan. Alhamdulillah.. semua price OK.. (sekiranya price berbeza,then proses conversion akn menjadi agak sedikit rumit). Selepas membuat back-up dalam sistem, dan confirm dengan engineer then kami buka balik stesen untk jualan.



Inilah Kak Ika yng saya selalu sebut2 dlm entry sebelum ni, masih cantik kan? anak dah masuk 3 dah ni.. :) Kak Ika pun turut datang awal.



So sekarang minyak V-Power kami dah tak jual. buat masa ni minyak Unleaded 95 harganya RM 1.75 dan Super Unleaded 97 still RM 1.80.

Selepas selesai... barulah kami bersahur :) Orait regarding minyak baru Shell Unleaded 95, sila rujuk pada manual kereta masing untk lihat sama ada sesuai atau tidak minyak ini pada kereta anda. Functionnya tetap sama iaitu 'memberi lebih kilometer'

Monday, August 24, 2009

Berbuka semalam...

Cadang nak letak pagi tadi entry ni. Sejak dari sabtu kelmarin.. pagi,tgh hari,sebelum berbuka... mesti saya call kampung tuk tanya keadaan Mak and Alhamdulillah Mak OK, dia tetap puasa.. dan tak henti cakap pada saya jgn risau, jgn risau..

Semalam dlm kul 5 ptng masa call.. saya cakap yng tak ada selera nak makan tuk berbuka nanti. then terus kena fire "pegi sekarang beli makan, beli apa2.. makan jgn tak makan, Mak yng sakit ni pon boleh makan, kamu pulak tak nak makan, pegi beli skrang, sat lagi habis".. OK..ok Mak. macam kena cubit pun ade rasanya.. :) bangun then terus pegi bazar..



saya beli nasi ayam (3.50), air soya bean panas 2 bungkus (2 hinggit) nanti tiap2 hari nak minum soya bean ni, mana tahu kot2 boleh jadi putih nanti.. hehe. then kuih lepat pisang (singgit) dan kuih 'Puteri Ayu' juga singgit harganya, cari juga kuih 'Putera kacak' tapi takde... hehe. puteri ayu pon puteri ayulah, mana tahu makan ni boleh jadi 'ayu'.. Auwww.

Balik dari bazar, masuk opis... tak sampai 5 minit, tanker minyak sampai, rasa amazing betul, orait je timing dia. Selepas selesai urusan penerimaan minyak, masa berrjalan ke kedai, elok2 sampai kat pintu, tetiba ada sekor burung, tak sure apa namanya, burung 'Merbah' kot namanya.. entaah dari mana datangnya then terbang langgar pintu then terus terjatuh kat depan saya... Ajaib.



Saya pandang keliling.. tengok kot2 ada geng burung ni, takder pulak. Takpalah, saya ambil dia bawak masuk dalam Opis dan letakkan dalam kotak, dia diam aje.. pening agaknya, 'accident ngan pintu'. Nak dekat setengah jam juga dia diam kat dlm kotak, then lepas tu saya dapat dengar dia dah mula kibas2 kepaknya untk terbang. Alhamdulillah.. dah OK lah tu, ssaya cakap dlm hati.. bukak kotak, pegang dia elok2 then tanya kat dia dah OK ke, dia diam aje, pas tu minta maaf kat dia... then pegi keluar, lepaskan dia kat taman mini... Alhamdulillah dia terbang dgn begitu bersemangat sekali, dapatlah dia berbuka dgn family dia balik .. :)

Saturday, August 22, 2009

Mak Sakit...

Hari Khamis masa call... Mak ok

Semalam pun masa call... Mak ok, kami berbual..

Today... memang ada rasa tak sedap hati, tapi fikir.. Ahh, takda apa2 ..

Sebelum berbuka tadi call... adik bongsu yng angkat.. terus cakap "Ngah cakap ngan Mak ya"..

"... Mak sakit ni, tapi Ngah jgn risau, Abg Long dah bawak Mak pi hospital pagi tadi"
dgn suara yng sedih. Saya cakap nak balik sekarang, tapi Mak tak bagi, dia suruh balik pertengahan puasa nanti.

Kat dlm opis ni.. berderai air mata, tapi keluar opis buat macam biasa.

Ni berderai lagi air mata.. tu tulis kat sini.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan....



Tak pandai nak berpantun dan tak reti pula nak berpuisi..

Sempena bulan mulia yng menjelma, saya mohon maaf ya jika ada terkasar bahasa dan tulisan yang terpapar dalam entry2 saya. Mohon maaf juga jika ada terkasar bahasa dari saya semasa saya memberikan komen dlm blog kawan2.. Mintak maaf banyak2 ya terutamanya bagi kawan2 perempuan yng kadang2 mungkin saya ada menyakat - menyokot, sekiranya ada terasa hati mohon maaf sekali lagi.. :)

Mudahan-mudahan Ramadhan kali ini memberi erti yng sangat bermakna buat kita semua, bersama-samalah kita meningkatkan Amal Ibadah yang mana dgn itu dapat meningkatkan pahala kita...

Kawan kawan... mari kita panjatkan rasa syukur pada Ilahi kerana kita telah dipanjangkan umur untk melakukan Ibadah Puasa buat sekali lagi dan diberikan peluang dan ruang untk memperbaiki segala amalan dan tingkah laku kita.. betapa bersyukurnya saya..

Namun 'JGN DILUPA' ada juga rakan rakan kita yng menyambut Ramadhan kali ini tanpa orang yng tersayang.. betapa dapat saya rasakan hibanya. Oleh itu mari kita bersama-sama ''mensadoqahkan' surah Al-Fatihah buat mereka yng telah pergi.. Al-Fatihah..



Pada Yang Maha Esa.. Tuhan Yang Memerintah Seluruh Alam.. aku mengerti betapa kerdilnya diriku dimuka bumi ini, andainya pun aku diberikan peluang untuk mengumpulkan emas seluas lautan.. namun aku tetap perlukan KeredhaanMU untuk bernafas walaupun sesaat. Oleh itu sentuhkanlah KasihMu Ya Tuhanku kepada diriku.. aku merayu..

Berikan aku PetunjukMu..
Berikan aku Kasih SayangMu..
Berikan aku PimpinanMu..
Berikan aku SokonganMu..
Berikan aku BantuanMu...


Ya Rahman Ya Rahim.. dengan KekuasaanMU, Berikanlah ianya 'SEKARANG!!

Doa diatas, saya dapat semasa menghadiri 'Workshop Rahsia Mengenal Diri Melalui Tarikh Lahir' bersama Dr.Azizan pada bulan Februari yng lalu, dah lama tidak saya amalkan. Teringat kata-katanya.. untk berjaya didunia dan akhirat kita perlukan 'connection', bukan sahaja dgn manusia namun yng paling penting dgn Yang Maha Esa.. untk menjalin 'connection' ini, maka perlukan pengamalan ayat ayat doa yng betul... diatas hanyalah salah satu doa yng telah diamalkan oleh orng2 yng berjaya, saya sendiri pun sudah lama tidak mengamalkannya.. Subhanallah.

Sekali lagi, Selamat menjalani Ibadah Puasa. Success! Success! SAY IT LOUD!!