Sunday, April 5, 2009

The Price..

nota peribadi :

[98.5 x ( 5 year Treasury Yield/5.78%) - 30 year treasury price] / 100

Ini adalah formula untuk mengira 'spread' yng dicharge oleh Bankers Trust kepada P&G (Procter & Gamble) sekiranya 'interest rates' melonjak naik, pada waktu itu Fed Fund rate remain low at 3% dan P&G bet interest rates tidak akn naik.

Pada Oktober 1993, P&G memerlukan fund untk mengembangkan 'consumer products business' ( tapi dalam buku Mr.Satyajit dia cakap P&G pinjam duit ni untk refinance some debts). So diorang punya management pinjam dgn Banker Trust sebanyak $200 million. Pinjaman yng dibuat bukan seperti pinjaman yng biasa macam syarikat2 di Malaysia biasa buat. Mereka pinjam melalui 'short term commercial paper market' dimana berkait dgn floating rate index seperti LIBOR (London Interbank Offered Rate) yng dipanggil Commercial Paper Index atau singkatannya CP. Deal yng dibuat adalah 'CP minus 70'.

Back to formula.. saya tengok pada 30 Year Treasury chart melalui http://www.futuresource.com/ data untk Oktober 1993 tiada tapi saya dapat clue untk mengira fomula ini kerana dalam buku Mr.Satyajit ada dinyatakan pada hari trade/agreement ini done spread yng perlu dibayar oleh P&G ialah -0.1707 dan dia cakap assume 30 year price juga sama seperti 5 year price iaitu 98.5 so kiraan terdekatnya begini

[98.5 x 0.0478 / 0.0578 - 98.5] / 100 = -0.1704

OK.. this formula is benefit to P&G sekiranya Fed Fund rate remain low at 3%, tapi malangnya pada awal 1994, Alan Greenspan iaitu Federal Reserve Chairman pada waktu itu secara tiba2 telah menaikkan kadar interest rate gradually dari 3% ke 4% . Ini telah mengakibatkan US Treasury rates bagi 5 year dan 30 year meningkat. Secara automatik ini telah menyebabkan 'spread' menjadi widen/large. Daripada chart, saya perhatikan price bagi 30 Year Treasury meningkat sehingga 122.00 . Contoh.. kekalkan price pada 98.5 tapi increase 5 year rate ke 5.85% then spread dah jadi 118bps - besar tuh!
1% change = 100 basis point, and 0.01% = 1 basis point/bps

Again.. P&G meminjam, so dia kena bayar mengikut kadar interest rates, malangnya ini bukan pinjaman biasa, ia telah agree untk follow spread yng ditetapkan oleh Banker Trust. Akhirnya P&G perlu membayar around 14.10% above CP rates dan ini telah menyebabkan kerugian berjumlah US$157 million.

Moral story- pinjaman berdasarkan Syariah perlu diperkembangkan. Tapi kes-kes BBA kat Malaysia ni dah settle ke.... entah.

nota kaki unta- saya bukan peminat interest rates, just nak faham diorang punya mind, seperkara lagi.. fomula ini done pada tahun 1993, so saya terfikir sebelum kejatuhan saham di US tahun lepas, apakah formula ynng digunakan oleh Bank2 kat US ni untk menjerat diorang punya client..

No comments: