Monday, April 13, 2009

Nak jadi kaya?

Macam biasa bila time kerja, saya keluar masuk kedai, kejap pegi kaunter depan, kejap masuk kaunter dalam, kejap duduk dalam ofis, kejap masuk dalam stor... lepas tu pergi balik kaunter depan. begitulah lumrahnya..

Cuma, semalam (Sabtu) masa busy keluar masuk kedai, saya terperasan akan seseorang. Mamat ni mungkin baru balik dari kerja, atau mungkin masih kerja (kerja sendiri kot) .. apa yng membuatkan saya tertarik untuk melihat mamat ni kerana 'cara' atau 'attitude' yang dia tampilkan..

Dia berpakaian kemas, duduk dimeja makan kecil sambil silang kaki... dan dia membaca buku yang tajuknya lebih kurang berbunyi ' Berniaga dan Menjadi Kaya!!' .. dan buku itu diangkat tinggi sikit dari meja, sambil dia membaca sekali sekala dia 'berdehem2' dgn kuat seolah2 ingin memberitahu kepada semua orang yng dia sedang membaca buku tentang kaya atau mungkin dia nak memberitahu kepada semua orang bahawa dia 'ingin' menjadi kaya. dan sekali sekala dia juga mengerut dahinya... seolah-olah ingin menunjukkan bahawa dia sedang merancang untuk menjadi kaya. dan dia terus berdehem-dehem.. sepanjang sejam duduk disitu.

Tuan-tuan dan puan2 ... inilah segelintir orang melayu, 'gaya saja lebih, bersorak saja kuat.. tapi sebenarnya habuk pun tarak..

bukan begitu caranya ingin menjadi kaya.. itu hanya menunjuk-nunjuk. orang yng serius menjadi kaya suka membaca ditempat2 yng tenang dan berinspirasi seperti dalam bilik bacaan, di perpustakaan atau dimana saja yng tenang dan sesuai untuk membuat analisa berkenaan dgn perniagaan. seterusnya sambil dia membaca dia sentiasa membuat catatan-catatan penting berkenaan dgn strategi, idea yng tiba-tiba muncul atau flash back yng dia ingat sepanjang pengalaman lalu. dan dia fokus dalam membuat analisa berkenaan dgn apa yng dia catatkan.. dan biasanya dalam catatan itu mesti ada 'virtual trading' ingkas seperti visi dan misi, tempoh perkembangan pernigaan dan dia juga mesti faham setiap perniagaan ada 'Life Cycle'.. biasanya membaca buku2 sebegini akn membuatkan kita berfikir secara 3D, bukannya saja-saja mengerutkan dahi..


Saya belum menjadi kaya dan saya buat entry ni bukan nak menunjuk2 bahawa saya pandai dalam strategi untuk menjadi kaya, cuma sekadar pesanan jgn buat seperti yng mamat tu buat... jika nak berniaga buatlah strategi dan matlamat dgn betul. Berkenaan dgn perancangan saya, insyaALLAH sedang menyusun satu projek bisnes kecil yng akn dibuat bagi fasa pertama dalam tempoh 100 hari, masih dalam perancangan dan penelitian. semoga rakan2 yng lain pun ada perancangan tersendiri... selamat maju jaya buat semua.






4 comments:

Nazra~ said...

pesanan utk sesama kita ^_^

QueenWizza said...

semoga berjaya dlm bisnes itu :)

Monkey D Luffy said...

lawak ler mamat tu ;)

Zaidon said...

Amboih.. Nazra dan Queen, gambar baru nampak.. :)

Kapten.. tu la pasal. :)