Thursday, April 16, 2009

Filem terbaru...... 'Jangan Mandi'

Sebuah projek dari Ilham Studio Produksi. Filem yng bakal diterbitkan berjudul

'Jangan Mandi'

sebuah filem berbentuk adventorous, dimana 5 sahabat telah mengembara ke gurun 'sahara' dgn membawa bersama2 alat2 berteknologi tinggi hanya semata-mata percaya kepada cerita dongeng lama bahawa terdapat harta karun ditengah2 gurun tersebut... mampukah mereka menemui harta karun tersebut? dapatkah mereka mengikut pantang larang dalam mencari harta karun tersebut dimana mereka dilarang mandi baik sebelum pergi, semasa perjalanan (nak mandi mendenya, ayor pun takde) dan sehingga pulang? siapakah diantara mereka yng mempunyai niat yang jahat selepas mereka menemui harta karun itu? saksikanlah kemunculan filem ini dipawagam yng tidak terpilih..

Filem seterusnya..............

'Jangan Kentut'

sebuah filem komedi cinta yng dirakamkan pengambarannya di Thailand. Tony merupakan anak muda yng begitu bercita2, dia berjaya mempunyai perniagaan sendiri.. cuma satu saja.. dia tidak mempunyai cinta. Dia amat meminati seorang kerani yng bernama Lucy, namun setelah 2 tahun mencuba, Lucy tidak juga memberi sebarang respons.. Lalu Tony telah mengambil cara lama iaitu dgn menggunakan 'ilmu pengasih' yng dipelajari dari seorang bomoh siam. Ilmu itu ada satu pantang larang.. iaitu dia tidak boleh 'kentut' pada sepanjang hari pada setiap 14 haribulan pada setiap bulan... sekiranya dia terkentut pada hari tersebut, maka hilanglah segala kehensoman yng ada pada dirinya. Tony bersetuju dan mengambil 'ilmu pengasih' tersebut dan akan dikenakan pada Lucy... dan masalah tiba2 muncul.. Lucy hanya bersetuju untuk keluar makan dan dating dgn Tony pada 14 haribulan.. dan yng lebih 'parah' Lucy mengajak Tony makan dikedai Tom Yam dgn resepi ulam dan sambal belacan iaitu juga makanan yng termasuk dalam pantang larang tidak boleh dimakan oleh Tony. Dapatkah Tony mengharungi cabaran tersebut? mampukah dia mengelakkan dirinya dari terkentut semasa dating tersebut? kenapa Lucy hanya ingin dating pada 14 haribulan? saksikanlah filem ini, juga dipawagam tidak terpilih..

Filem seterusnya..........

'Jangan Tanya'

sebuah filem pengembaraan 5 orang anak muda masuk kedalam hutan tebal di Pahang hanya semata mata untuk menuntut ilmu dgn seorang pendekar handalan... namun pendekar ini ada satu pantang semasa mengajar iaitu .... tiada sebarang soalan yng boleh ditanya sepanjang sessi pelajaran. Kalau sape yng bertanya... sure dia kena fire pakai jurus2 yng menyakitkan. Mampukah mereka mengharungi segala halangan dan rintangan semasa belajar dgn pendekar tersebut? siapakah yng selalu kena 'fire' akibat banyak bertanya? dan siapakah pula yng dapat mengorat anak pendekar yng lawa itu? (asal anak2 to guru semuanya lawa2) nantikan filem ini ,juga dipawagam yng tidak terpilih..

seterusnya............

'Jangan Marah'

bukan filem.. just nak cakap, jgn marah ya, entry kali ni, bercorak fantasi... :-)

10 comments:

Leenoh said...

Salam Zaidon,
Kenapa banyak sangat jangan ni. Cuba Zaidon tukar cerita itu kepada boleh pula, apa akan jadi he he.
Rasanya kalau ikut cadangan Pak Ngah tu akan berjaya.

Zaidon said...

Salam Pak Ngah, moga sihat selalu, hehe.. just fantasi je ni.

Monkey D Luffy said...

ko buat filem semua JANGAN! ;p

Leenoh said...

Salam Zaidon.
Macam mana cerita hari itu, tak jadi ke ?,
cerita buat khenduri tu,he3 >

Zaidon said...

Kapten- ater.. diorang buat filem semua banyak tajuknya 'jangan'.. :)

Pak Nngah- cerita kenduri tu... ada

QueenWizza said...

hehee..lawak juga kamu ini.. heehe.. filem tu nnt agk2 meletops tak..

Nazra~ said...

haha, best2 la suma. takda yg brkenan nk filem kan ke?

^_^

Zaidon said...

Queen- Oihh.. pasti meletup..:)

Nazra- memang nak filemkan, Nazra jadi produser ya.. :)

ije said...

tu dia! sekali 4 filem dah ada dlm fikiran~ bila nak mula shooting?

Zaidon said...

Ije.. tngh kumpul peralatan :)