Thursday, April 23, 2009

ASB..

Pagi selasa pergi Maybank, macam biasa bank in duit sales dan bank in segala cek2 berkaitan syarikat.. Then aku disapa oleh Kak Zana yng sedang pregnant untuk anak yng ketiga (murah rezeki Kakak tu, dah nak masuk 3 anaknya, aku ni anak kucing pung takde) OK.. back to story.. tujuan Akak tu tegur aku adalah kerana ASB, dulu masa buat loan ASB tu sain semua borang dgn dia. Dia tanya.. tak nak jual ke ASB yng lama then buat baru? Aku terdiam... apa beza yng baru dgn lama? aku tanya. Oh.. yng baru Islamic dan tiada penalti sekiranya ada tunggakan dan yng best kadar bayaran bulanannya lebih rendah dan boleh diperpanjangkan.. Akak tu explain. Then aku pun meneliti carta bayaran bulanan bagi loan yng baru.

setelah membedek2 carta tu lalu aku pun setuju jual yng lama dan buat yng baru dan untk kali ni saya UP lagi sikit loan tu.. takpalah, esok2 dah tua ada duit buat anak cucu.. takpun untk sendiri. Mudah mudahan.

Bagus la ASB ni... aku teringin nak jadi orng yng manage duit pelaburan kat dalam PNB tu :)

Wednesday, April 22, 2009

100 days...

Ianya bermula semalam pada pukul 5:00pm dan akn terus continue sehingga berjaya, but untk 'fasa pertama' ianya akn dibuat dalam 100 hari (100 hari business day.. hanya dikira pada hari business dibuat) . Hopefully semuanya OK dan berjalan lancar cause ini adalah persediaan untk saya resign dari tempat kerja sekarang ni.
Buat masa ni not much to say.. sbb baru je berjalan, harapnya rakan2 yng lain juga ada membuat persediaan untk hari esok.

Sunday, April 19, 2009

Stay lagi..

Semalam.. kredit kad problem, stay dari pukul 1 pagi sampai 4 pagi, hari ni elektrik kat pump ada problem, dari pukul 2 pagi tadi... dan sekarang masih kat opis lagi (tengah menaip entry ni), nasib baik balik rumah tadi dah mandi, kalau tak.. :-). Harapnya minggu depan semuanya OK.. sbb nak tumpu pada market. Entahlah.. sejak dalam hati ni cakap nak resign dari tempat keja ni, pump semua buat problem, ada ja yng tak kena, kredit kad problem la, elektrik problem la, komputer hang la, minyak dalam tangki tak naik ke pam la.. polis datang nakm tengok CCTV la. Mudah-mudahan minggu depan semuanya OK.. Amin.

p/s- ni bukan entry merungut ya.. sekadar luahan hati.. huhuhu

automatik trading.. sambungan.




Diatas adalah 'trading page' bagi profit/loss untuk demo akaun yng saya gunakan untuk test 'progrm trading' yng saya nyatakan dalam entry sebelum ini. CUBA LIHAT DALAM RUANGAN YANG BEWARNA HUJAU. Baik.. ruangan yng bertanda hijau adalah menunjukkan position yng berjaya untk buat profit, manakala yng tidak bewarna hijau adalah yng loss. Jika anda campurkan hasil profit dalam semua ruangan hijau diatas, anda akan dapat lebih dari 70.00 USD (dalam 4 hari). Not bad.. for small akaun ( 100 USD). Thats why saya cakap.. this trading program is good tapi saya kena buat beberapa adjustment terutamanya dari segi timing untuk enter market dan juga jumlah lot yng perlu dimasukkan. So next week.. STILL seperti yng biasa saya lakukan, masa untuk 'keep thinking' and 'keep planning'

Saya fikir... first thing yng saya akn buat pada awal pagi Isnin ialah ON kan sistem ini dalam matawang USD/JPY (Dollar vs Yen) then pada pukul 4pm atau 7pm saya akn ON kan pada EUR/USD (Dollar vs Euro), GBP/USD (British Pound vs Dollar) dan GBP/JPY (British Pound vs Yen).. then saya biarkan sampai pukul 3 pagi hari Selasa. After that let see the result..

Friday, April 17, 2009

'Trading program/automatik trading'.

Nota peribadi...

Last week, saya beli satu 'program trading/automatik trading' yng akan digunakan didalam akuan forex saya. Bagi saya this prgrm trading is good, easy to set-up but ada beberapa perkara yng perlu saya ambil perhatian. Selepas 5 hari saya test..didapati

1. Saya on 'prgrm' pada tengah hari pada hari Isnin, then when market reverse pada pukul 9pm sebelah malamnya, system tak follow market.. ini menyebabkan akaun floating loss.
2. When loss position tadi saya 'cut', then 'prgrm' secara automatik masuk position yng berlawanan, means... disini 'prgrm' study market base on 'trend' dan bukan follow technical rule seperti support/resistance, Fibonacci atau standard deviation.
3. Saya lihat this trading prgrm cukup excellent sekiranya market is one way trend, contohnya jika EUR/USD is going up untk 2 hari then this system will make healthy profit.
4. Oleh sbb 'prgrm' tidak detect sekiranya market reverse, then 'prgrm' mudah terperangkap untk 'sell low' atau 'buy high'... excellent position ialah sell high atau buy low. seperti yng terjadi dalm position USD/JPY untk semalam dan hari ni.
5. Untuk masuk position, saya fikir memang kena masuk pada pukul 7 atau 8 malam pada setiap hari, means 'prgrm' tidak boleh ON 24jam.
6. Namun hari yng sesuai untk gunakan this 'program' adalah pada hari selasa hingga khamis.

Next week saya akan test lagi this program dan let see how the result. This program is good cuma perlukan beberapa adjustment sahaja.

Thursday, April 16, 2009

Filem terbaru...... 'Jangan Mandi'

Sebuah projek dari Ilham Studio Produksi. Filem yng bakal diterbitkan berjudul

'Jangan Mandi'

sebuah filem berbentuk adventorous, dimana 5 sahabat telah mengembara ke gurun 'sahara' dgn membawa bersama2 alat2 berteknologi tinggi hanya semata-mata percaya kepada cerita dongeng lama bahawa terdapat harta karun ditengah2 gurun tersebut... mampukah mereka menemui harta karun tersebut? dapatkah mereka mengikut pantang larang dalam mencari harta karun tersebut dimana mereka dilarang mandi baik sebelum pergi, semasa perjalanan (nak mandi mendenya, ayor pun takde) dan sehingga pulang? siapakah diantara mereka yng mempunyai niat yang jahat selepas mereka menemui harta karun itu? saksikanlah kemunculan filem ini dipawagam yng tidak terpilih..

Filem seterusnya..............

'Jangan Kentut'

sebuah filem komedi cinta yng dirakamkan pengambarannya di Thailand. Tony merupakan anak muda yng begitu bercita2, dia berjaya mempunyai perniagaan sendiri.. cuma satu saja.. dia tidak mempunyai cinta. Dia amat meminati seorang kerani yng bernama Lucy, namun setelah 2 tahun mencuba, Lucy tidak juga memberi sebarang respons.. Lalu Tony telah mengambil cara lama iaitu dgn menggunakan 'ilmu pengasih' yng dipelajari dari seorang bomoh siam. Ilmu itu ada satu pantang larang.. iaitu dia tidak boleh 'kentut' pada sepanjang hari pada setiap 14 haribulan pada setiap bulan... sekiranya dia terkentut pada hari tersebut, maka hilanglah segala kehensoman yng ada pada dirinya. Tony bersetuju dan mengambil 'ilmu pengasih' tersebut dan akan dikenakan pada Lucy... dan masalah tiba2 muncul.. Lucy hanya bersetuju untuk keluar makan dan dating dgn Tony pada 14 haribulan.. dan yng lebih 'parah' Lucy mengajak Tony makan dikedai Tom Yam dgn resepi ulam dan sambal belacan iaitu juga makanan yng termasuk dalam pantang larang tidak boleh dimakan oleh Tony. Dapatkah Tony mengharungi cabaran tersebut? mampukah dia mengelakkan dirinya dari terkentut semasa dating tersebut? kenapa Lucy hanya ingin dating pada 14 haribulan? saksikanlah filem ini, juga dipawagam tidak terpilih..

Filem seterusnya..........

'Jangan Tanya'

sebuah filem pengembaraan 5 orang anak muda masuk kedalam hutan tebal di Pahang hanya semata mata untuk menuntut ilmu dgn seorang pendekar handalan... namun pendekar ini ada satu pantang semasa mengajar iaitu .... tiada sebarang soalan yng boleh ditanya sepanjang sessi pelajaran. Kalau sape yng bertanya... sure dia kena fire pakai jurus2 yng menyakitkan. Mampukah mereka mengharungi segala halangan dan rintangan semasa belajar dgn pendekar tersebut? siapakah yng selalu kena 'fire' akibat banyak bertanya? dan siapakah pula yng dapat mengorat anak pendekar yng lawa itu? (asal anak2 to guru semuanya lawa2) nantikan filem ini ,juga dipawagam yng tidak terpilih..

seterusnya............

'Jangan Marah'

bukan filem.. just nak cakap, jgn marah ya, entry kali ni, bercorak fantasi... :-)

Monday, April 13, 2009

Nak jadi kaya?

Macam biasa bila time kerja, saya keluar masuk kedai, kejap pegi kaunter depan, kejap masuk kaunter dalam, kejap duduk dalam ofis, kejap masuk dalam stor... lepas tu pergi balik kaunter depan. begitulah lumrahnya..

Cuma, semalam (Sabtu) masa busy keluar masuk kedai, saya terperasan akan seseorang. Mamat ni mungkin baru balik dari kerja, atau mungkin masih kerja (kerja sendiri kot) .. apa yng membuatkan saya tertarik untuk melihat mamat ni kerana 'cara' atau 'attitude' yang dia tampilkan..

Dia berpakaian kemas, duduk dimeja makan kecil sambil silang kaki... dan dia membaca buku yang tajuknya lebih kurang berbunyi ' Berniaga dan Menjadi Kaya!!' .. dan buku itu diangkat tinggi sikit dari meja, sambil dia membaca sekali sekala dia 'berdehem2' dgn kuat seolah2 ingin memberitahu kepada semua orang yng dia sedang membaca buku tentang kaya atau mungkin dia nak memberitahu kepada semua orang bahawa dia 'ingin' menjadi kaya. dan sekali sekala dia juga mengerut dahinya... seolah-olah ingin menunjukkan bahawa dia sedang merancang untuk menjadi kaya. dan dia terus berdehem-dehem.. sepanjang sejam duduk disitu.

Tuan-tuan dan puan2 ... inilah segelintir orang melayu, 'gaya saja lebih, bersorak saja kuat.. tapi sebenarnya habuk pun tarak..

bukan begitu caranya ingin menjadi kaya.. itu hanya menunjuk-nunjuk. orang yng serius menjadi kaya suka membaca ditempat2 yng tenang dan berinspirasi seperti dalam bilik bacaan, di perpustakaan atau dimana saja yng tenang dan sesuai untuk membuat analisa berkenaan dgn perniagaan. seterusnya sambil dia membaca dia sentiasa membuat catatan-catatan penting berkenaan dgn strategi, idea yng tiba-tiba muncul atau flash back yng dia ingat sepanjang pengalaman lalu. dan dia fokus dalam membuat analisa berkenaan dgn apa yng dia catatkan.. dan biasanya dalam catatan itu mesti ada 'virtual trading' ingkas seperti visi dan misi, tempoh perkembangan pernigaan dan dia juga mesti faham setiap perniagaan ada 'Life Cycle'.. biasanya membaca buku2 sebegini akn membuatkan kita berfikir secara 3D, bukannya saja-saja mengerutkan dahi..


Saya belum menjadi kaya dan saya buat entry ni bukan nak menunjuk2 bahawa saya pandai dalam strategi untuk menjadi kaya, cuma sekadar pesanan jgn buat seperti yng mamat tu buat... jika nak berniaga buatlah strategi dan matlamat dgn betul. Berkenaan dgn perancangan saya, insyaALLAH sedang menyusun satu projek bisnes kecil yng akn dibuat bagi fasa pertama dalam tempoh 100 hari, masih dalam perancangan dan penelitian. semoga rakan2 yng lain pun ada perancangan tersendiri... selamat maju jaya buat semua.






Monday, April 6, 2009

Sunday, April 5, 2009

The Price..

nota peribadi :

[98.5 x ( 5 year Treasury Yield/5.78%) - 30 year treasury price] / 100

Ini adalah formula untuk mengira 'spread' yng dicharge oleh Bankers Trust kepada P&G (Procter & Gamble) sekiranya 'interest rates' melonjak naik, pada waktu itu Fed Fund rate remain low at 3% dan P&G bet interest rates tidak akn naik.

Pada Oktober 1993, P&G memerlukan fund untk mengembangkan 'consumer products business' ( tapi dalam buku Mr.Satyajit dia cakap P&G pinjam duit ni untk refinance some debts). So diorang punya management pinjam dgn Banker Trust sebanyak $200 million. Pinjaman yng dibuat bukan seperti pinjaman yng biasa macam syarikat2 di Malaysia biasa buat. Mereka pinjam melalui 'short term commercial paper market' dimana berkait dgn floating rate index seperti LIBOR (London Interbank Offered Rate) yng dipanggil Commercial Paper Index atau singkatannya CP. Deal yng dibuat adalah 'CP minus 70'.

Back to formula.. saya tengok pada 30 Year Treasury chart melalui http://www.futuresource.com/ data untk Oktober 1993 tiada tapi saya dapat clue untk mengira fomula ini kerana dalam buku Mr.Satyajit ada dinyatakan pada hari trade/agreement ini done spread yng perlu dibayar oleh P&G ialah -0.1707 dan dia cakap assume 30 year price juga sama seperti 5 year price iaitu 98.5 so kiraan terdekatnya begini

[98.5 x 0.0478 / 0.0578 - 98.5] / 100 = -0.1704

OK.. this formula is benefit to P&G sekiranya Fed Fund rate remain low at 3%, tapi malangnya pada awal 1994, Alan Greenspan iaitu Federal Reserve Chairman pada waktu itu secara tiba2 telah menaikkan kadar interest rate gradually dari 3% ke 4% . Ini telah mengakibatkan US Treasury rates bagi 5 year dan 30 year meningkat. Secara automatik ini telah menyebabkan 'spread' menjadi widen/large. Daripada chart, saya perhatikan price bagi 30 Year Treasury meningkat sehingga 122.00 . Contoh.. kekalkan price pada 98.5 tapi increase 5 year rate ke 5.85% then spread dah jadi 118bps - besar tuh!
1% change = 100 basis point, and 0.01% = 1 basis point/bps

Again.. P&G meminjam, so dia kena bayar mengikut kadar interest rates, malangnya ini bukan pinjaman biasa, ia telah agree untk follow spread yng ditetapkan oleh Banker Trust. Akhirnya P&G perlu membayar around 14.10% above CP rates dan ini telah menyebabkan kerugian berjumlah US$157 million.

Moral story- pinjaman berdasarkan Syariah perlu diperkembangkan. Tapi kes-kes BBA kat Malaysia ni dah settle ke.... entah.

nota kaki unta- saya bukan peminat interest rates, just nak faham diorang punya mind, seperkara lagi.. fomula ini done pada tahun 1993, so saya terfikir sebelum kejatuhan saham di US tahun lepas, apakah formula ynng digunakan oleh Bank2 kat US ni untk menjerat diorang punya client..

Saturday, April 4, 2009

Disiplin..

nota peribadi...

Next week dan seterusnya.. nak masuk position dalam market, so aku harap segalanya dipermudahkan. Aku tak nak kat tempat kerja ada masalah sampai kena stay macam orng gila dan kalau boleh seluruh dunia tak timbul masalah dan kalau boleh aku nak semua orng tak memberikan masalah pada aku.. dan aku tak nak hati aku bimbang kat sana, bimbang kat sini.. hidup ni dah la singkat, nak makan pun susah bila hati ni asyik bimbang2..... so aku harap, semuanya OK.



Strategi...

Just nota peribadi...

Patut la mamat ni buat profit gila-gila.. dia punya strategi dasat, tapi kalau nak follow strategi ni memang perlukan fund yng banyak. Nama mamat ni Mr.Krieger.. kutip pengalaman dari Solomon Brothers then kerja kat Banker Trust. contoh strateginya ialah semasa dia trading New Zealand Dollar.

At one time, dia fikir Kiwi would fall so dia 'buy put option' yng mana memberikan dia 'hak' untuk sell Kiwi/take profit apabila nilai Kiwi menyusut. But dalam masa yng sama, dia juga buying a Kiwi 'call option' , yng mana memberikan dia 'hak' untuk buy Kiwi/take profit sekiranya nilai New Zealand dollar meningkat.

Means.. dia sapu habis tak kira mana market tu jatuh ka, atau naik dia sapu, but dia punya akaun memang besar dan dia punya connection dgn bank dan broker pun dasat. Bila la aku boleh dapat akaun besar macam dia.

Thursday, April 2, 2009

Satu kisah..

Pengalaman ini dilalui oleh penulis buku Traders, Gun and Money iaitu Mr.Satyajit Das ketika beliau bekerja di Jepun... kisahnya...

Japan is a strange place. A man parked a car near a kouban (pillbox). A police officer walked up immediately and demanded the car to be moved. "It is not allowed to park by a kouban". Asked where you could park, the police helpfully indicated that: "you could park near a kouban" 'What do you mean by near? the man inquired. "I'm unable to tell you that", came the response from the policeman... :-)

Program trading...

semalam.. jumpa satu prgram trading/automatik trading yng dijual dalam harga RM 80 sahaja.. rasa macam nak beli, rasa macam tak nak beli pun ada.. tapi tengok mamat tu punya result dalam akaun forex dia .. boleh tahan jugak.