Wednesday, August 19, 2009

Selasa yng semalam..

Assalaamualaikum dan ssalam sejahterra buat kawan2 semua, semoga kalian sentiasa didalam Rahmat Yang Maha Esa hendaknya..

Seperti biasa hari selasa adalah hari off day saya, so inilah peluang utk saya bersantai pula. Plannya awal pagi nak pegi library but lepas subuh tido balik then kul 10 baru bangun. Berangan kejap atas tilam sambil dengar lagu2 'peberet', then kul 12 barulah mandi (tapi pagi tadi dah mandi k..). After that terus kuar untk beli 'lunch', sebenarnya saya bercadang untk 'masak sendiri' tapi bangun pon dah lewat so tak jadilah nak masak.. Masak ape cadangnya? ikutkan nak buat 'Ikan Kerapu masak Sweet & Sour'... Off day kan, so nak makan sedap sikit :)



Pegi gunting rambut dulu then baru pegi kedai makan kat area Tmn Kinrara 2, dari atas motor tadi dah berdoa, harap2 akak tu ada masak ikan kerapu ari ni. Masuk je kedai.. tengok2 ada, Alhamdulillah taklah mengidam :). Selepas bungkus, bayar, terus balik rumah.. tak berapa suka nak makan kat kedai sbb tak bebas. Saya beli kerapu sweet sour juga (gambar diatas) sikit sayur dan Teh ais, sblom makan call dulu Mak dan Ayah kat kampung, tanya makan apa.. Alhamdulillah lagi best, ada buat ikan bakar.. adoi rindu nak makan masakan Mak :)



Sambil makan, sambil nengok citer 'Transfomers 2' yng dicopy dari member, abih bawak sumer laptop ngan speker sonic gear, letak atas lantai, pasang kuat2... tak ganggu jiran2 pon sbb diorang pegi keja. Boleh tengok gambar kat atas, robot besar tua yng dari geng 'Decepticon' tapi baik hati tolong 'Sam' mencari penyelesaian terhadap simbol2 yng muncul dalam kepalanya dan baik hati juga 'mengorbankan dirinya' untk 'di electrifiedkan' kepingan kepingan badannya transfer ke 'Optimus Prime', so Optimus jadi kuat balik then akhirnya dapat bertarung dan mengalahkan 'The Fallen' dan juga 'Megatron'.. so Bumi kembali selamat buat seketika.. ewwahh. Kita tunggu pulak Tranformers 3, entah apa robot lagi yng turun kebumi..hehe

Then.. lepak dlm bilik baca buku dari Goerge Soros yng bertajuk 'The Crisis of Global Capitalism' dan juga 'Modern Economics' dari J.Harvey, buku ni beli masa kat kolej dulu.. saja baca sbb bila sebut 'ekonomi' one things yng saya faham 'sesuatu perkara itu sentiasa berulang-ulang'.. one market rise then it fall like a stone, then another market rise, then it fall again.. the same thing happen to company, enterprises and person. Ianya umpama alunan ombak yng beralun naik dan turun sebelum menghempas pantai.. semunya ada ukuran ukuran tertentu. Lalu insan yng dapat memahami ukuran2 ini akn dapat membelah badai dan menempuh lautan yng luas lagi indah, yng pasti saya perlu banyak belajar lagi.



Perkataan yng tak paham, saya just rujuk kat kamus dewan.. beli masa ada pesta buku kaat PWTC tak lama dulu, dalam belek2 jumpa perkataan 'Hankering yng bermaksud - keinginan yng amat sangat' ... then saya terfikir, kalau nak masukkan perkataan ni dlm ayat cinta tak berapa sedap contohnya " ..Siti.. saya hankering sangat nak kahwen ngan awak" tak sedap, tak sedap.. :) baik terus cakap " I Love you so much, will you marry me? .. loud and clear. Satu lagi baru saya perasan dlm english pon ada perkataan 'lintang-pukang' iaitu 'higgledy-piggledy' .. tapi again kalau nak masuk dlm ayat sembang rasa semacam je contohnya ".. Udin kenapa ko higgledy-piggledy ni, nak kemana.." macam siot je, senang lagi cakap ".. udin nape kalut sangat ni.." settle.



Makan malam saya simple aja.. sbb ptngnya masa membaca dah makan keropok, kacang dan coklat. Bungkus sayur kailan goreng belacan + telur dadar dan buat secawan Ali cafe.



Macam biasa.. sambil makan sambil nengok movie, kali ni citer 'Pride & Prejudice' ikut kamus dewan maksudnya 'Harga Diri & Prasangka', vcd original ni beli ngan harga singgit masa 'Video Ezy kat Tmn Kinrara buat last day sales sebelum diorang tutup kedai, ada banyak movie lagi saya beli dlm 30 movie rasanya. Filem ni mengisahkan sepasang suami isteri yng mempunyai 5 ong anak perempuan. Then Ibuya hanya nak kahwenkan anak2nya dgn orrng yng kaya kaya.. reasonnya boleh diterima akal sbb diorang bukanlah orrng yng berada so Ibunya bimbang tntg masa depan anak2 prempuannya. So bermulalah episod harga diri dan saling berprasangkanya..



Kelihatan Mrs.Bennet introduce anak anak perempuannya kepada Mr.Bengley dan Mr.Darcy, dua pemuda kacak dari golongan kaya yngg turut serta dlm majlis tari menari yng dibuat dikampung mereka.. Kat sini Mr.Bengley dah jatuh hati ngan si Jane, iaitu anak sulung Mrs.Bennet.. ini membuatkan Mrs.Bennet merasa cukup gembira. Manakala si Lizzy (lakonan Kiera Knightley) pula iaitu anak kedua Mrs.Bennet terjatuh hati pada Mr.Darcy, tapi Mr.Darcy ni penampilannya agak sombong dan kaku.. dan dia ada cakap pada kawannya yng Miss Lizzy ni bukanlah cantik sangat, dan perbualan ini didengari sendiri oleh Miss Lizzy.. dan ini membuatkan Miss Lizzy ada rasa sedikit tawar hati..



Acara tari menari ni cukup unik, saya sampai rewind 3, 4 kali sbb gerak tari dan muziknya cukup indah.. dalam acara pertama si Jane tadi dah pon menari sama2 dgn Mr.Bengley, ini membuatkan ibunya merasa lagi gembira dan mula buat aksi meluat..:) manakala si Lizzy masih duduk dikerusi bersama ssama ngan adik adiknya, tapi dia masih menjeling jeling pada Mr.Darcy, dalam hatinya masih ada rasa ingin mengenali M.Darcy ni.. tapi how? takkan dia pulak nak ajak Mr.Darcy ni menari.. tak manis dipandang orng..



Akhirnya.. dalam satu majlis tari menari yng lain, Mr.Darcy ni jemput jugak Lizzy menari, tapi masih dalam keadaan yng agak kaku..dan perbualan mereka seperti 2 org yng sedang bermusuhan and masa ni, kebencian Lizzy pada Mr.Darcy sudah mula bercambah..



Dipendekkan cerita.. lizzy juga dilamar oleh sepupunya sendiri iaitu Mr.Collins, dia bukanlah kaya sangat tapi bekerja dgn orang kaya dan dia adalah pemilik rumah yng Lizzy sedang tinggal sekarang. Ini semua salah ibunya yng menyarankan pada Mr.Collins supaya melamar Lizzy, dalam episod ni Lizzy berkeras tidak mahu menerima lamaran tersebut dan ini membuatkan Ibunya berasa agak marah.. Tapi syukur Ayahnya menyebelahi Lizzy dan sependapat dgnnya..



Dipendekkan lagi cerita.. sssetelah beberapa episod, akhirnya M.Darcy meluahkan juga perasaan cintanya pada Lizzy. Tapi pada masa ni, Lizzy menolak lamaran cintanya kerana Lizzy menyangka yng Mr.Darcy ni jahat dan busuk hati. Ini kerana, kakak Lizzy iaitu Jane sudah tidak berhubung dgn Mr.Bengley dan Lizzy menyangka yng ini semua adalah angkara Mr.Darcy yng dengki tidak mahu kawannya bercinta dgn gadis kampung macam si Jane. Tapi.. Lizzy tidak tahu cerita yng sebenarnya..



Kemudian secara tiba tiba muncul pula Ibu saudara Mr.Darcy yng juga seorang kaya datang kerumah Miss Lizzy pada tengah2 malam buta. Dia datang hanya dgn satu tujuan iaitu untk bagi warning pada Lizzy " .. aku datang ni nak bagi warning kat kamu, jgn gatal2 nak mengorat anak saudara aku ok. Siapa kau? kau keturunan apa? tak sesuai dgn darjat keturunan aku tau. Aku nak kau janji untk tak lagi berhubung dgn anak saudara aku.. ade kau paham? citt... poorahh" begitulah garangnya Ibu saudara Mr.Darcy ni 'men sound' Miss Lizzy.... sian Lizzy dia terus berlari masuk bilik dan menangis..




Namun bak kata pepatah.. kalau dah jodoh tak akan kemana. Pada malam tu Lizzy tak boleh tidur dan subuhnya Lizzy berjalan sorang2 ke kawasan depan rumah. Tanpa disangka, rupanya Mr.Darcy pon tak boleh tidur dan terus datang kerumah lizzy, lalu mereka bertemu di kawasan ladang... dlm episod ni Mr.Darcy memohon maaf pada Lizzy atas ketidaksopanan Ibu saudaranya yng datang 'men sound' dia. Lizzy cakap takpa nak buat macam mana, udah nasib badan.. dan disini Mr.Darcy sekali lagi melamar Lizzy dan kali ni dia terus ajak Lizzy untk kahwen. Berikut adalah kata kata dari Mr.Darcy kepada Lizzy...

........ Jika perasaanmu sama seperti dulu....
... Berterus teranglah.....
............. Kasih dan Harapanku tidak berubah....
.......Sepatah kata penafianmu.....
...........Akan meubah segalanya.....
....... Namun, jika perasaanmu sudah berubah....
.....Ingin ku nyatakan....
..... Yang dikau telah memukau jiwa dan ragaku....
.... Dan aku amat, amat, amat menyintaimu...
.. Aku ingin bersamamu...
... Seumur hidupku...

Perghh... jiwang karat, meleleh leleh saya sekejap.. :) then apa yng Miss Lizzy cakap masa dia cium tangan Mr.Darcy?

Miss Lizzy : .... sejuknya tangan awak... (sambil tersenyum)

Aduhai.. perempuan memang unik.. :) begitulah kisah semalam, hari off day saya yng banyaknya hanya terperap dirumah. Thanks pada yng sudi baca...

17 comments:

lizz said...

even lauk tu cam gitu2 aje, tapi cam best aje!!hohohoho. seronok kan mkn sambil lyn vcd :)

sentosa77 said...

Hai Lizz.. simple je, tapi bagi saya memang best :)

adibah said...

Salam ziarah.

Waktu subuh..kawasan ladang... ayat2 chenta.. <- romantik.

Perempuan unik? Manusia itu semuanya unik, kan? :-)

sentosa77 said...

Hai Adibah.. thanks singgah sini. Iya .. betul tu, perempuan semua unik.. :)

cm said...

makan sambil layan movie.... lauk simple pun jadi sedap, apa lagi kalau cerita tu best!
CM hantu cd jugak... tapi cerita korea!

sentosa77 said...

Hai cikgu.. iya betul tu, Ooh cerita Korea ya, saya dah jarang tengok cerita korea.. :)

Leenoh said...

Salam Zaidon.
Asalkan jangan suap ketika tengah syok nanti tak betul dengan mulut, miss syuru hehehe.

cik selamah kundang said...

teringin nk jd lizzy..uwa..agk2 mr darcy tu sapo??

lalink7 said...

ikan kerapu sweet sour tue ingat masak sendiri..beli rupenye patut nampak cam sdap..
eheheheh..

salam ramadhan dariku..

sentosa77 said...

Salam buat Pak Ngah, Mo0ney dan Husna..

Pak Ngah- biasanya bila time tgh syok saya behenti makan kejap.. :)

Mo0ney-InsyaAllah..mudah mudahan ada nanti Mr.Darcynya.. :)

Husna- iyaa.. tak jadi masak, beli aja .Salam Ramadhan juga buat Husna.

Masy said...

huhuhuhu tacing plk bab cium tgn. huhuh :((

KUNTONG said...

dari Kuntong:

ku tanamkan serumpun buluh,
untuk di isi pulut bekalan;
ku hulurkan jari sepuluh,
ku mohon maaf segala kesalahan.

nahmy said...

salam zaid..
perghh..penuh aktiviti dlm bercuti nooo. zaid tengok decepticon ke atau tengok Megan Fox?...hehehehe

Jard The Great said...

pride and prejudice is my feveret muvi and book.. ehehee... try tinguk Emma lak.. sedap!!!

sentosa77 said...

Salam buat Cik Masy, Pakcik Kuntong, Bang Man dan Zarah..

Cik Masy- ini komen pertama Masy kat blog saya.. :) thanks sbb singgah sini. Ya..memang tacing episod yng tu, tapi nape Masy sedey pulak :)

Pakcik Kuntong.. alahai saya tak pandai pulak nak balas pantun ni, Salam Ramadhan buat Pakcik..

Bang Man- iya.. ala aktiviti kat rumah je. tengok decepticon la..hehehe

Zarah- lama dah tak bagi komen kat blog saya.. sedih tau. Oohh,.. saya pon suke yng filem ni, Emma tu filem juga ke?

Anonymous said...

wah!!sedapnya...lapar..hehehe

sentosa77 said...

,,,, puasa, puasa :)