Tuesday, August 18, 2009

Ahad yng kelmarin...


Seronok baca blog kawan2, bila tiba je weekend pelbagai aktiviti yng dapat mereka buat sama ada bersantai bersama keluarga, sanak saudara mahu pun rakan rakan.. Tapi tidak bagi saya yng kena bekerja. Seperti biasa datang seawal pagi, sampai di tempat kerja terus berdoa dalam dada memohon pada Yang Maha Esa, mudah mudahan dimudahkan segala urusan kerja pada hari itu, dijauhi dari segala bencana dan memohon keberkatan dan rahmat dariNYA.


Sepanjang hari saya tidak banyak bercakap, bukan kerana tak ada mood, tetapi sekadar ingin menghayati keindahan hari minggu yng adakalanya penuh dgn ketenangan dan adakalanya busy pula, tapi hari Ahad kelmarin sangatlah tenang... Alhamdulillah. Mudah mudahan hari2 yng mendatang diharapkan penuh dgn ketenangan dan kesejahteraan. Rajin, tekun, ramah dan dengar kata.. itulah Assiruddin namanya (gambar diatas) walaupun kurang cekap mengendalikan kaunter namun dia rajin memastikan kebersihan di stesen sentiasa terjaga dan juga memastikan stok minyak 2T dan minyak hitam sentiasa penuh dikabinet. So far sepanjang setahun enam bulan dia kerja, markah bagi kebersihan sentiasa OK. Kekadang terfikir juga esok2 bila dia dah nak balik Bangladesh, boleh ke staff baru buat yng macam dia buat?



'Taman Mini'... bersebelahan dgn kedai.. Melihat indahnya cuaca pagi mengingatkan saya dgn kenangan semasa sekolah di asrama dulu dulu. Selepas solat subuh, berjogging disekitar kawasan sekolah dan bengkel bersama rakan2,rasa fresh dada menghirup udara segar dikawasan sekolah, balik terus pergi ke kantin utk sarapan pagi, then balik dorm untk cuci baju, kemas bilik, then dlm pukul 11 biasanya lepak kat bilik TV kat bawah asrama, hari minggu di asrama memang best..


Tak pasti apa nama pokoknya, tapi bunganya warna merah. Mengingatkan saya dgn pepohon rambutan dihalaman rumah dikampung, kebanyakannya saya tanam dgn Ayah masa saya kecil2 dulu. Masa sekolah rendah, dapat rasa makan buahnya, sampai tahu pokok mana yng buahnya rasa tawar & mana pula yng paling manis. Biasanya pokok yng berbuah rasa tawar saya akn siram dgn air garam.. sbb selalu tengok Ibu bila memasak bubuh garam dlm masakan so saya pun siram air garam kat pokok tu ..:) tapi tawar juga rasa buahnya.. zaman kanak2, memang best.


'Taman Mini' dari sudut jalan keluar, saya teringat akan ladang kelapa sawit milik Ayah di kampung, yng sekarang ni diserahkan pada Felda untk urusan tanam semula, kalau tak silap contract selama 15 tahun, Felda yng usahakan then Ayah cuma ambil duit hasil. Saya selalu fikir, Ayah taklah belajar tinggi2 tapi dah ada tanah, rumah dan sebagainya. Saya bila pula? mudah mudahan ada rezeki saya. Pada sebelah malam, dahan2 kelapa sawit di Taman Mini tu akn menjadi tempat singgahan burung gagak untk tumpang tidur... biarlah dia nak tumpang, kerana dia pun makhluk Tuhan juga, malah kita semua ni pun 'Hanya Menumpang di Bumi ini' segalanya Milik Yang Maha Esa, tak begitu?


'Teguh dan Kukuh'.. suka tengok pokok ni, terletak diseberang jalan bahagian pintu masuk stesen, yang hairannya burung2 gagak tadi tak nak pulak melepak tidur dipokok ni pada waktu malam, mungkin tinggi sangat kot, nanti tengah syok2 tidur tetiba angin bertiup kencang, terus tergolek kebawah..naya ja :)


Dalam pukul 3 lebih macam tu, mendung sekejap je then terus hujan lebat dan angin yng agak kuat.. dah lama tak hujan macam ni. Dalam kelebatan hujan saya tefikir kenapa ya kita selalu sebut hujan itu rahmat? "hujan rahmat ni.." ramai yng sebut begitu, saya pun sebut begitu juga. Takpalah, mudah mudahan setiap titis air hujan yng turun dimuka bumi ini membawa rahmat buat kita semua. Sepanjang hujan, terasa nak main air hujan macam zaman budak2 dulu, pakai sependa ja, lari2 dalam hujan :)


Elok je hujan reda, lori tanker pun sampai.. saya selalu rasa bersyukur sbb jarang sangat tanker sampai semasa hujan lebat, selalunya hujan dah reda baru sampai atau pun dah siap selesai turunkan minyak then baru hujan. Syukur padaNYA.. seolah2 tidak mahu menyukarkan tugas saya. Gambar diatas diambil dari jarak yng selamat dan selepas selesai mengisi minyak ke tangki bawah tanah... (mana boleh amik gambar dekat dekat dgn tanker yng sedang turunkan minyak, possibly boleh berlaku 'spark' semasa 'snap' gambar)


Muka masam? taklah... agak penat sebenarnya, baru saya perasan, name tag saya senget rupanya, nasib baik la orangnya pun tak senget :). Kelmarin Kak Ika sakit so kena pegi Hospital Putrajaya, maybe masih ada kesan sampingan dari kes keguguran tempoh hari kot. Apa pun saya tetap rasa gembira dan bersyukur sbb bulan ni markah untk MMP (Mystery Motorist Program) kami dapat 95.1, kami target 100 tapi kurang 5 markah. MMP ni satu program dimana akn ada satu group customer yng kami pun tak kenal then diorang akn cek dari segala aspek 'retail' terutamanya dari segi kebersihan dan customer service, then diorang akn bagi markah, sekiranya kami dapat 90 ke 100 markah then kami akn dapat 'insentif', last month pun begitu juga kami dapat 95 markah. Syukur bulan ni dapat insentif lagi.. :)

Itulah saja kisah hari Ahad saya.. tak menarik pun sekadar cerita ditempat kerja, busy sampai nak masuk hari selasa baru ada peluang untk betul2 beronline. Thanks pada yng sudi baca.. :)

p/: semua gambar di 'snap' dgn phone camera saya, tak canggih cuma 2 mega pixel aja so kalau dibesarkan tak berapa cantik.

13 comments:

kueh bakar said...

senget nametag tak pe...

John Iverson said...

Hari minggu pn kena kerja... kesian bro... xpe... suma tu tanggngjwb kan... tp mmg nmpk tenang je dr gamba bro...

Zaidon said...

Salam buat Kueh dan John..

Kueh- dah lama Bro tak komen kat blog saya, hhehe saya pon dah lama tak letaak komen kat blog bro. Thanks. iya name tag senget takpa..

John- iya tanggjwb.. nampak tenang ya muka saya.. thhanks jugak

nahmy said...

salam zaid...
well that's what life are all about. it differs by the person...apapun syukur pd rahmatNya maka it's make our difference 'so meaningful' from the others.

HEMY said...

ko owner stesen minyak ke?wowww!!

tp kan..pasal felda tanam semula tu..dia saje wat cmtu zaidon..padahal dh nk abih kontrak asal...mmg seboleh2nya tknak bg hakmilik terus kat org kampung

kawan aku pn ada citer felda dia kat sungkai..lg 5 bulan je nk abis kontrak utk dpt kan hakmilik..then felda kata..dia akan tanam balik..tkyah kuar ongkos..padahal..org2 kmpung tu yg rugi

Zaidon said...

Salam buat Bang Man dan Hemy

Bang Man- tentunya saya bersyukur, seronok baca komen dari Bang Man. Thaanks

Hemy- saya cuma supervisor ja, tapi Boss kat kedah, handle bisnes kat sana, so stesen ni memang saya jaga. Tntg Felda tu.. betullah apa yng Hemy cakap, contract dgn diorang means belum dapat hak milik lagi sebenarnya.

Leenoh said...

Salam Zaidon.
Pak Ngah rasa seronok baca cerita pasal keja ni, maklumlah dah lama tak keja, rasa macam nak pergi keja pulak.
Dulu masa keja Pak Ngah jadi wak kebun secara sukarela, jaga surau. Tanam pokok bunga, siram.bajainya dan berbagai-bagai lagi.
Ada beberapa pokok yang Pak ngah rasa sangat sayang di antaranya tiga rumpun pokok palm merah yang cantik, beberapa rumpun bunga kertas bunga merah, masih ada sampai sekarang.

Zaidon said...

Salam Pak Ngah, pokok palm merah dan pokok bunga kertas yng Pak Ngah tanam tu mesti cantik, Oo.. Pak Ngah dah tak keja ya skrang, takpa la boleh tanam pokok bunga kat rumah pulak.

Framestone said...

ops betul2 menghayati tue huhuu

xpe2 bro pun hari minggu bukan dok ofis pun..curi mase hujung minggu bro dgn menoreh... sekurang2nye ade jugak side income... kate org berbakti pada bumi he..23x

out of topic--> xpe2 huhuhu... ade mase dtg je.. bro insya'laha de..if xde update terbaru teu mknenye bro agak bz sikit huhuhu.... yup ramai yg amik kesempatan lately... klu nk murah mask cari bro...bro jual sekotak terus je

lizz said...

seronok jugak entry yang ini cuz even tak ada bersama2..tapi cam tau all activity kamu untuk hari itu :)

lengkap!hehehe

Zaidon said...

Salam buat Bro Frame dan Lizz.. :)

Bro Frame- ater mana pulak saya nak cari pokok getahnya tu..hehe

Lizz- memang dari dulu masa dekat blog lama, saya suka buat blog ni macam diari.. cuma skrang ja dah kurang.. maybe saya akn buat lagi entry macam ni.. :) thankss

Framestone said...

tue bro..kamu pulak leh je wat kerje len if xde kerje...

rezeki ad je di mana2..cuma bergantung dgn cara kite mencarinya

Lifesaver said...

minyak free dapat x?hehehe