Tuesday, March 9, 2010

The Fourth Kind Movie - I think you should watch...



Have you seen UFO? percaya tak adanya hidupan lain selain dari kita? Pernah tak hiidupan lain ini membuat 'contact' dgn manusia? Alright.. kalau you all search kat google, sure akn jumpa banyak website yng komen tntg filem ni, kebanyakannya kutuk filem ni... diorang cakap filem ni bukan berdasarkan actual studies tapi just fake study. Pandangan saya... anda tengoklah dulu then baru decide betul ke tak, ikutlah masing2 punya beleive. Satu perkara yng membuat saya agak terkedu, kes kes yng dipaparkan dalam filem ini baru saja berlaku iaitu pada Oktober 2000. sekiranya kes2 ini benar then ini bermakna alien alien kat langit sana nampaknya masih lagi ingin mengetahui cara manusia hidup.

Karaktor utama dalam filem ini ialah Dr.Abigail Tyler, beliau seorang pengamal psikatri di kawasan Nome, Alaska, yng membantu individu yng mengalami masalah psikologi. Ada debat here, ada yng cakap tiada nama Doktor ni kat kawasan tu, but we just go on with the story. OK.. direportkan dikawasan itu sejak dari tahun 1972 lagi ramai penduduknya dilaporkan hilang dan juga berlaku siri kematian secara misteri. Sejak dari tahun itu juga, pihak FBI telah menjalankan siasatan yng intensif terhadap kes kes kehilangan ini, namun tiada mendatangkan hasil atas siasatan mereka jalankan. Conclusion yng pihak FBI buat adalah kematian2 misteri yng direkodkan adalah disebabkan oleh 'kesan pengambilan alkohol berlebihan atau kesan cuaca sejuk yng melampau'.

Didalam filem ini, kita akan di tontonkan rakaman rakaman yng dibuat oleh Dr.Abigail terhadap pesakit pesakitnya dan juga rakaman2 dari pihak polis. Semua pesakit pesakitnya mengalami simptom yng sama iaitu sukar untk tidur malam dan sering diganggu oleh makhluk2 yng tidak dapat diceritakan rupa bentuknya - 'Alien'. Makhluk2 ini memerhatikan mereka melalui tingkap kemudian yng paling 'worst' makhluk2 ini masuk ke dalam rumah mereka .. menculik mereka dan membuat ujikaji terhadap mereka, semua yng mereka lalui ini seolah seolah dalam mimpi akan tetapi kesan2 pada tubuh mereka seperti lebam dan sebagainya membuatkan mereka merasa takut dan gusar.. sebab itulah mereka bertemu dgn Dr.Abigail dgn tujuan untk mencari ketenangan dan jawapan. Dr.Abigail telah cuba sedaya upaya untk membantu namun beliau gagal malah lebih teruknya Dr.Abigail sendiri telah mengalami pengalaman yng sama seperti mana pesakit2nya hadapi, sehinggakan anaknya hilang tidak ditemui sehingga kini dan dia percaya telah diculik oleh Alien.



Didalam filem ini juga kita akan didengarkan rakaman rakaman audio yng dirakam oleh Dr.Abigail dan juga rakaman audio yng dibuat oleh pihak polis. Saya ingin ceritakan tentang rakaman2 yng telah direkodkan, sebelum saya teruskan ingin saya bertanya pada you all, pernah tak anda melihat 'bomoh' atau pun Ustaz ustaz yng cuba memulihkan orang orang yng terkena santau atau sihir? Apa yng berlaku semasa ustaz2 tu nak pulihkan pesakit? yng paling pasti kita akn lihat pesakit akn mengeluarkan suara suara yng pelik yng mana ianya bukan dari pesakit itu. Alright.. sekiranya anda pernah then apa yng anda akn lihat dalam rakaman itu nanti seolah2 ada persamaan. Cuma yng berbezanya kali ini suara suara pelik itu 'menggunakan bahasa purba Sumerian yng mana bahasa ini telah ada dibumi 4000 tahun sebelum kedatangan Nabi Isa Alaihissalam'.

Persoalannya.. kenapa suara suara pelik (Alien) yng keluar dari pesakit pesakit Dr.Abigail, malah dari beliau sendiri ketika dirawat... menggunakan bahasa Sumerian purba'..?? adakah Alien/entiti ini sudah hidup dari zaman puba lagi? I don't know..

Ada 2 rakaman video dl filem ini yng cukup menarik..

1. Salah seorang pesakit Dr.Abigail telah terapung atas katil dalam 50 saat sambil mulutnya ternganga luas dan mengeluarkan suara pelik berbahasa Sumeria purba.

2. Rakaman dari kereta polis yng berkawal diluar rumah Dr.Abigail dimana menunjukkan kapal UFO terbang diatas rumahnya dan seterusnya dikatakan menculik anak perempuan Dr.Abigail..

Untk melihat rakaman itu anda tontonlah filem tu ya dan decidelah either filem itu based on factual studies atau tidak...

4 comments:

fara ('',) said...

Dajjal itu hidup dr sebelum zaman Nabi Nuh as. carilah kaitan si laknat tu dgn alien yg digembar-gemburkan, dan segitiga bermuda. jgn terlalu percaya dgn movie luar, tetapi selidik siapa pengarahnya, penerbit, agama apa yg depa pegang. sesungguhnya semua film dan media adalah mind control utk memesongkan akidah. jawapannya dah ada jika anda ingin mencari.

sentosa77 said...

komen Fara cukup menarik... :)

Maiyah said...

setuju gak ngan fara

Anonymous said...

setuju jugak dgn farah!

kadang2 filem2 ini senang nak sesatkan kita