Semalam lepas balik dari kerja.. masuk je dalam rumah, terus kaget seketika bla tengok lantai rumah penuh dgn semut. Dalam hati bertanya, siapa pulak yng bagi tumpah air manis ni.. tapi bila diamati betul2 semua semut-semut ni siap bawak telur lagi.. maka saya pun cuba la trace dari mana diorang datang, rupa-rupanya dari celah pintu bilik air ruang atas ramai2 turun kebawah..
Terus panggil Jat yng juga baru balik dari 7E, beli air.. "Jat.. tadi sebelum keluar perasan tak semut2 nih" tanya saya. "Mak oii.. awat banyak sangat nih, tadi takdak pun, saya pi ambik Ridsect la" katanya.. "nanti...nanti..tak sampai hati la nak bunuh, sebab diorang siap bawak telur lagi tuh, kita bukak pintu tengok kemana diorang pergi" suggest saya. Jat yang agak kaget dengar jawapan saya hanya anggukkan kepala..
Alhamdulillah selepas 20 minit, (gambar pertama) semua semut2 ni dgn sendiri keluar ke arah pintu depan.. semoga semut-semut ini berjaya membina kehidupan baru diluar sana... :-) Syukran..
4 comments:
bertuah itu semut ;)
iya.. mereka sungguh bertuah. :-)
hehehhe..saya tergelak sorg2 bc n3 ni.. bukan ape..saya klaka sebab tajuk dia semut. semut comel kn? tp annoying. hehehe
iya.. semut memang comel tapi annoying.. :-)
Post a Comment