Buku yng saya pinjam 3 minggu lepas iaitu Privatizing China dan Traders, Guns and Money belum habis baca lagi sebab busy kat tempat kerja. Tapi pagi tadi masa pergi library terpandang pula buku baru yng bertajuk 'Infectious greed' hasil analisis Frank Partnoy.. buku ni of course menceritakan apa yng berlaku dalam financial market disepanjang 15 tahun kebelakangan ini. Mr.Frank Partnoy ni seorang 'investment banker dan juga derivatives broker, tadi dah baca sampai suku muka surat, memang best.. lebih detail ceritanya macam mana someone kat Wall Street buat profit (actually ada main tipu) dalam 'currency options' dan banyak lagi cerita yng lain.
Nak ulas sikit tntg buku 'Privatizing China'.. dah baca separuh pun buku ni. Rupa-rupanya company yng listed dalam Shenzhen dan Shanghai securities market bukan semuanya bagus - kebanyakannya political business- termasuklah ada satu kilang kicap yng harga sahamnya melambung2 macam harga saham kat New York... :-)
1 day ago
No comments:
Post a Comment