3 tahun yng lalu... bila ada customer yng datang then cakap nak isi minyak kereta sebanyak 5 ringgit, selalunya saya buat tak kisah kerana hanya 2 atau 3 orng sahaja dan kebiasaannya adalah orng yng sama. tapi sekarang saya mula 'notice' semakin ramai customer terutamanya yng melayu, bawa kereta.. tapi isi minyak cuma 5 ringgit sahaja. sebagai peniaga, saya tidak kisah berapa ringgit pun diorang nak isi.. terpulanglah, sbb itu adalah hak dan kemampuan masing2. cuma kalau dalam 'economic dan lifestyle indicator'.. this is not a good sign. not a good sign. dalam pemerhatian saya semalam, setiap 2 jam hampir 3 orng yng berbeza dgn kereta yng berbeza datang dan isi minyak dalam jumlah 5 hingga 7 ringgit. saya bekerja dari 9 pagi sehingga 10 malam.. dan saya memang ada buat 'tick note'. malah staff saya yng dari Bangla pun perasan dan siap tanya lagi pada saya "ini 5 ringgit isi.. mana boleh pergi?" .. "pegi pasar je tu" jawabku ringkas.
OK.. nak bercakap sikit tntg ekonomi, bila disebut ekonomi ianya melibatkan perniagaan ataupun perdagangan. kemajuan sesuatu perniagaan itu (tidak kiralah perniagaan apa-pun) sangat-sangat bergantung dengan sambutan belian yng dibuat oleh para pelanggan/customer. apabila pelanggan mula reduce 'spending' then sesuatu perniagaan itu 'akan mula terasa something'. seperti yng kita faham, everywhere banyak disebut berkenaan dgn 'kemelesetan'. OK..semasa proses penguncupan ekonomi*, kebanyakan individu akn bersikap 'defensive' iaitu menjaga dirinya sendiri, dia akn reduce 'spending', memperlahankan sebarang perancangan untk mengembangkan perniagaan kerana bimbang akn kerugian, dia akn mula serius untk 'saving', ada yng serius untk menyambung pengajian/pelajaran dan mudah berlaku krisis 'ketidakpercayaan' dimana sukar untk seseorang itu untk percaya dgn orng lain.
So far kebanyakan negara sudah pun masuk kedalam fasa 'kemelesetan ekonomi', namun laksana lumrahnya kejadian alam dalam pertukaran waktu siang dan malam, semuanya ada ketentuan.. andainya disebut 'semasa ekonomi yng rancak dulu adalah waktu siang' , maka anggap sajalah yng 'kemelesetan ekonomi sekarang adalah waktu malam', oleh itu pastinya selepas ini akn siang kembali/ekonomi akn pulih kembali, cuma yng tidak pasti sekarang waktu malamnya sudah pukul berapa, andainya baru pukul 9 malam, maka jauh lagi perjalanannya untk waktu siang, jadi banyak-banyaklah menabung dan menyimpan.
*saya syorkan untk memahami lebih lanjut tntg kemelesetan ekonomi yng bermula di US sekarang, eloklah baca satu analisis yng bertajuk ' The Guide to Understanding Deflation' hasil analisis dari Robert R.Prechter dari http://www.elliotwave.com/ , analisis ini setebal 60 muka surat dan PERCUMA. Mr.Robert adalah satu-satunya penganalisis ekonomi yng memberi amaran seawal dari tahun 2002 lagi berkenaan dgn kemelesetan ekonomi yng bakal berlaku di US, namun ramai yng tidak menghiraukannya malah ada yng memperlekehkannya, sekarang hasil analisis beliau menjadi rujukan penting sehingga dijemput ke 'Joint House and Senate Economic Committee of the Georgia legislature at the State Capitol'. walaupun analisisnya banyak berkisar tntg apa yng berlaku di US, but is a worth reading.
1 day ago
7 comments:
erm entry kali ni mmg best.. tp sebenarnya, semua entry dari zaid pun best dan byk manfaat.
kdg bila baca psl kegawatan ekonomi, neddy jd sgt bosan. kerana diulas benda yg hampir sama..tp bila zaid bagi contoh dan pendekatan siang / malam, ia sgt menarik perhatian. :)
kena beringat selalu ni
Hai Neddy and Kapten.. sory lmbt reply, baru balik kerja ni. Terima kasih pada Neddy atas pujian yng berupa sokongan.. : ) dan iya memang kena beringat selalu.
Assalamualaikum.
Terlebih dahulu saya doakan semoga perniagaan Sdr.Zaidon terus meningkat dan diberkati Allah. Dalam ulasan kali ini saya hendak tumpang sekaki untuk bercakap pasal berniaga ini, sebenarnya saya tiada pengalaman pasal berniaga ini, cuma terlibat dengan kedai Koperasi sekolah beberapa tahun yang telah lalu.
Dipendekkan cerita di tempat saya tinggal sekarang, seorang saudara kita telah membuka sebuah kedai runcit kelihatan seperti Pasaraya Mini, pada permulaannya saya terperanjat apabila tuan punya kedai hanya menyerahkan tugas kepada tiga orang Bangla menguruskannya,( gaji RM800.00 seorang ) saya kerap ke situ dan berbual dengan budak Bangla itu sehingga kenal dan rapat juga dengan mereka. Hasil perbualan saya dengan mereka menimbulkan kebimbangan kepada saya walaupun bukan kedai saya dan saya juga kenal dengan tuan kedai tersebut, saya juga pernah memberi nasihat secara tidak langsung kepadanya.
Di antara kebimbangan saya;
(1) Sebelum kedai dibuka tidak dibuat kajian atau tinjauan tentang jumlah pelanggan atau situasinya.
(2) Kendalian atau pengurusan wang ringgit diserahkan 100% kepada pembantu kedai.Tauke hanya datang sekali atau kali dalam sehari.
(3) Jumlah pembantu kedai nisbahnya tinggi berbanding dengan pelanggan semasa.
(4) Barang yang dimasukkan ke dalam kedai melebihi permintaan.
Kebimbangan saya itu akhirnya menjadi kenyataan, sebab utamanya kekurangan pelanggan, mungkin tempat itu tidak strategik.
Dia rugi, pembantu kedai pun rugi kerana gaji mereka tidak dilunaskan melebihi RM3000.00.
Dalam tempoh kurang lebih 7 bulan bertahan , akhirnya kedai tersebut terpaksa ditutup.
Maaf ulasan panjang.mungkin Zaidon boleh beri respon panjang atas ulasan ini.
Wassalam.
Salam Pak Ngah.. terima kasih atas doanya dan juga ulasan yng menarik. Maaf lambat reply sbb baru balik kerja ni, dari apa yng saya baca, punca utama masalah kedai ini ialah pada 'taukeh/bos/pengurus'nya.
Dalam perniagaan,kita perlu mengutamakan & menghormati pelangggan atau dlm bahasa lain disebut 'customer services'. customer services ni akn lebih effective sekiranya dibuat oleh taukeh kedai itu sendiri sbb dia akn mewujudkan suasana 'respek' diantara pelanggan dgn pihak pengurusan kedai.
Saya ambil contoh mudah kisah arwah atuk saya masa dia sihat dan ada kedai sendiri, kat dlm kampung ada banyak kedai tapi orng semua suka pergi kedai arwah atuk saya sbb dia suka menyambut,menyapa, bergurau dan berbual dgn semua pelanggan.. bila ada 2 way communication,pelanggan akn gembira,percaya dan yng penting 'akn datang kembali'. Dlm kisah yng Pak Ngah cerita, taukehnya pun dtng sekali atau 2 kali.. susah la, sbb bangla ni mana pandai sangat buat customer service.
Tntg serah urusan wang ringgit pada Bangla... memang la bankrupt, bukan saya nak mengata orng Bangla. Diorang duduk kat negara diorang pun susah nak cari duit, sesampai aje kat sini kita pulak suruh diorang 'jaga duit'.. memang boleh 'short' dan habiss.
Tntg inventory barang dalam kedai.. benda ni taukeh yng perlu jaga, dia perlu tahu barang mana yng hilang,barang mana yng cepat expired, barang mana yng cepat dijual dan susunan barang pun perlu dijaga.kalau barang tak tersusun dan berterabur nanti pelanggan boleh pening dan tak nak datang lagi..
kesimpulannya... peranan taukeh kedai tu penting dlm memajukan kedainya. kalau datang sekali atau 2 kali then mmemang tak akn kemana perniagaannya.
Terima kasih atas jawapan tersebut, saya rasa sedih sebab belum kedai itu ditutup seolah-olah saya telah mengetahui ia akan ditutup, umpama buang duit dalam longkang, dia rugi puluhan ribu,
Walaupun saya tidak pernah berniaga kerana kelemahan itu kelihatan sangat ketara.saya dapat mengesannya.
Zaidon memiliki ilmu perniagaan, eloklah memberi panduan seperti ini supaya saudara kita yang lain boleh menumpangnya.
Sekali Pak Ngah doakan semoga Zaidon berjaya dan mendapat berkat.amin.
Wassalam
nice!
Post a Comment