Tuesday, February 24, 2009

Ku ucap namamu..

Bila ku sedari diri disayangi...
Langkah kaki ini semakin berani...
Bila terkeliru, ku ucap namamu..
Terasa diriku kembali dipandu...
Engkau yng pertama tiada akhirnya...
Aku dalam kegelapan, Engkaulah cahaya..
Izinkanlah aku menumpang disini..
Dibawah naungan kasih dan sayangmu..
Ku berserah diri....

Monday, February 23, 2009

sedikit ulasan..

Walaupun agak busy.. tapi sempat juga saya terus baca buku Traders, Guns & Money- kisah benar kehidupan seorang yng bidangnya bukan semua malah hampir semua orng tak faham- 'Derivatives markets'.

Sampai pukul 5am tadi baru selesai faham bab 1 dan 2, bahasanya mudah tapi anda perlu ada asas dalam bidang finance sbb ianya akn explore transaksi dalam options and futures dan perlu juga faham tntg fungsi 'interest rates' yng diguna pakai sepenuhnya dalam dunia barat dan mesti juga faham apa fungsi bank.. dari mana bank buat profit? macam mana bank nak profit dari transaksi yng melibatkan loan atas loan atau dlm bahasa lain disebut juga 'credit derivatives'.

Contoh loan atas loan.. macam ni, seorang peniaga perlukan 1 juta untk membiayai perniagaannya, dia pergi bank tapi bank reject dia punya application then dia joint satu 'koperasi' - hanya contoh, kalau di barat biasanya peniaga akn jumpa fund manager dari Hedge Fund untk raise money- ok.. bila joint aje koperasi, koperasi janji akn bagi dia loan 1 juta, so dari mana koperasi ni dapat money? koperasi akn buat loan 'atas nama koperasi' sebanyak 1 juta dgn bank then selepas tu duit ini 'diloankan' pula kepada peniaga tersebut.. of course selepas legal procedure, dia sign semua dokumen then barulah dapat duit tu, tapi biasanya berperingkat2 atau jika dia pandai negotiate boleh dapat lump sum.

Tentu sekali bank buat profit daripada interest atau faedah.. namun dalam urusan sebegini, risiko ditanggung oleh pihak yng mana? risiko tentunya ditanggung oleh pihak 'koperasi dan juga peniaga tersebut'.. katakanlah koperasi tu ada problem dan peniaga tersebut juga ada problem. Sekiranya.. dua2 lingkup then bank akn dapat 'Aset daripada keseluruhan koperasi/syarikat tersebut dan juga semua Aset dari peniaga tersebut'.. senang hati bank buat duit.

Kita selalu dengar dlm news kat barat bank2 utamanya mengalami kerugian.. yng rugi sebenarnya adalah shareholder dan juga para pelabur yng lainnya. Bank tersebut tak rugi.. malah selepas 5 tahun akn datang, bank2 ini akn buat profit lagi banyak dari apa yng diorang dapat pada tahun lepas.

Responsibility...

Saya telah diberikan amanah yng lebih besar untk tahun ini, jika tahun2 yng lepas sekadar bertanggungjawab untk handle sales bagi satu 'shift, sekarang amanahnya adalah handle sales bagi satu hari.. dan yng paling saya tak sangka, mulai hari Isnin saya akn diberikan access sepenuhnya untk melihat akaun milik syarikat di bank.. means segala urusan cek, bank in sales, 'withdrawal' atau money transfers. Tak pernah terfikir pun dari dulu yng saya akn dapat access sebegini, malah buku-buku cek syarikat telah pun diserahkan kepada saya. Saya berjanji kepada diri saya.. saya tidak akan mensia-siakan amanah dan kepercayaan yng telah diberikan ini. Mudah mudahan Yang Maha Esa mempermudahkan segala urusan saya disepanjang tahun ini dan juga ditahun2 yng mendatang dan doa saya buat kalian sahabat semua, mudah-mudahan kejayaan sentiasa mengiringi diri anda.

Friday, February 20, 2009

Dua jiwa satu hati...

Bagi yng sedang bercinta atau sudah pun berumahtangga tentu dapat memahami perasaan sebegini.. 2 jiwa yng berbeza, berada dikejauhan masa dan ketika.. namun seolah-olah.. malah boleh sekata hatinya..
  • bila yng sana merajuk disini rasa hiba..
  • bila yng sini merajuk yng kat sana mesti kata "ishh.. saja je ngada-ngada tu..manja"
  • bila yng sana sakit sini pula rasa sedih dan kalau boleh nak terbang kesana sekarang juga..utk menemani dia..
  • bila yng sana sdng makan yng sini pula rasa lapar.. kalau boleh nak mintak tolong masakkan untk kita..
  • bila yng sini sdng makan then yng sana pula tanya... "makan ape tu"
  • bila yng sini rasa rindu terus antar mesej cakap rindu pada dia...
  • bila yng sana pun cakap rindu... terus yng kat sini melompat-lompat tak ingat dunia..

Itulah sedikit kisah mengenai 2 jiwa... yng sedang saling mengenal erti cinta. semoga cinta kita diredhai oleh Yang Maha Esa. dan doa buat kalian sahabat juga, semoga anda dapat menemui cinta dan buat yng sedang bercinta.. semoga cinta berkekalan keakhirnya. dan jgn lupa..walaupun skrang low profile.. SUCCESS TETAP SUCCESS!! INGAT TU.. SAY IT LOUD!!

Wednesday, February 18, 2009

Isi 5 ringgit je.. boleh ya..

3 tahun yng lalu... bila ada customer yng datang then cakap nak isi minyak kereta sebanyak 5 ringgit, selalunya saya buat tak kisah kerana hanya 2 atau 3 orng sahaja dan kebiasaannya adalah orng yng sama. tapi sekarang saya mula 'notice' semakin ramai customer terutamanya yng melayu, bawa kereta.. tapi isi minyak cuma 5 ringgit sahaja. sebagai peniaga, saya tidak kisah berapa ringgit pun diorang nak isi.. terpulanglah, sbb itu adalah hak dan kemampuan masing2. cuma kalau dalam 'economic dan lifestyle indicator'.. this is not a good sign. not a good sign. dalam pemerhatian saya semalam, setiap 2 jam hampir 3 orng yng berbeza dgn kereta yng berbeza datang dan isi minyak dalam jumlah 5 hingga 7 ringgit. saya bekerja dari 9 pagi sehingga 10 malam.. dan saya memang ada buat 'tick note'. malah staff saya yng dari Bangla pun perasan dan siap tanya lagi pada saya "ini 5 ringgit isi.. mana boleh pergi?" .. "pegi pasar je tu" jawabku ringkas.

OK.. nak bercakap sikit tntg ekonomi, bila disebut ekonomi ianya melibatkan perniagaan ataupun perdagangan. kemajuan sesuatu perniagaan itu (tidak kiralah perniagaan apa-pun) sangat-sangat bergantung dengan sambutan belian yng dibuat oleh para pelanggan/customer. apabila pelanggan mula reduce 'spending' then sesuatu perniagaan itu 'akan mula terasa something'. seperti yng kita faham, everywhere banyak disebut berkenaan dgn 'kemelesetan'. OK..semasa proses penguncupan ekonomi*, kebanyakan individu akn bersikap 'defensive' iaitu menjaga dirinya sendiri, dia akn reduce 'spending', memperlahankan sebarang perancangan untk mengembangkan perniagaan kerana bimbang akn kerugian, dia akn mula serius untk 'saving', ada yng serius untk menyambung pengajian/pelajaran dan mudah berlaku krisis 'ketidakpercayaan' dimana sukar untk seseorang itu untk percaya dgn orng lain.

So far kebanyakan negara sudah pun masuk kedalam fasa 'kemelesetan ekonomi', namun laksana lumrahnya kejadian alam dalam pertukaran waktu siang dan malam, semuanya ada ketentuan.. andainya disebut 'semasa ekonomi yng rancak dulu adalah waktu siang' , maka anggap sajalah yng 'kemelesetan ekonomi sekarang adalah waktu malam', oleh itu pastinya selepas ini akn siang kembali/ekonomi akn pulih kembali, cuma yng tidak pasti sekarang waktu malamnya sudah pukul berapa, andainya baru pukul 9 malam, maka jauh lagi perjalanannya untk waktu siang, jadi banyak-banyaklah menabung dan menyimpan.

*saya syorkan untk memahami lebih lanjut tntg kemelesetan ekonomi yng bermula di US sekarang, eloklah baca satu analisis yng bertajuk ' The Guide to Understanding Deflation' hasil analisis dari Robert R.Prechter dari http://www.elliotwave.com/ , analisis ini setebal 60 muka surat dan PERCUMA. Mr.Robert adalah satu-satunya penganalisis ekonomi yng memberi amaran seawal dari tahun 2002 lagi berkenaan dgn kemelesetan ekonomi yng bakal berlaku di US, namun ramai yng tidak menghiraukannya malah ada yng memperlekehkannya, sekarang hasil analisis beliau menjadi rujukan penting sehingga dijemput ke 'Joint House and Senate Economic Committee of the Georgia legislature at the State Capitol'. walaupun analisisnya banyak berkisar tntg apa yng berlaku di US, but is a worth reading.

Monday, February 16, 2009

ulasan..

sunday semalam macam biasa aku pegi library, itulah tempat kesukaan aku, esok2 bila aku dah kaya aku nak buat library sendiri dan kalau boleh nak buat library yng koleksinya semua buku2 tentang financial market diseluruh dunia.. so dapatlah membantu student2 yng study bidang ni, mudah-mudahan dimakbulkan.

OK.. aku pulangkan 3 buku dan pinjam lagi 2 buku. aku nak buat ulasan sikit tntg 3 buku yng telah aku returnkan. buku2nya berkaitan dgn Morgan Stanley, Skandal syarikat korporat yng melibatkan ahli kongres Amerika dan buku tntg kekeluargaan. tajuk2 detailnya ada dulu disebut dalam entry blog lama yng telah pun dideletekan.
  • buku yng tntg Morgan Stanley ni bahasanya mudah tapi most of the story is about 'politik dalam syarikat'. agak mengecewakan juga sbb yng aku harapkan adalah 'cerita2 berkaitan dgn trading' tapi sedikit saja topik tu disentuh dan yng lain hanyalah cerita 'politik'. biasalah cerita politik dlm syarikat, orng ni tak suka orng ni, orng sana tak suka orng sini, orng ni tendang orng tu dan macam2 lagi.
  • buku 'Iron Triangle' pula berkenaan dgn skandal syarikat korporat yng melibatkan ahli kongres di Amerika, biasalah memang ada syarikat yng monopoli semua kontrak dari sesebuah kerajaan. bidang yng syarikat ni monopoli adalah bidang 'Defense'. secara keseluruhaannya buku ni agak membosankan.
  • buku 'Feminine Mistake' pula berkenaan dgn kerapuhan institusi kekeluargaan. yng ni lagi la boring... tersasar dari apa yng aku jangkakan. aku pinjam sbb dia punya intro cakap 'macam mana sorang perempuan tu nak balance antara kerjaya dan keluarga' tapi bayangkanlah dari awal bab sampailah ke akhir bab 'author' ni dok bercerita tntg kes2 keluarga yng bercerai berai, penuh dgn nada yng lemah, suram dan tenggelam seolah2 berkahwin ni matlamatnya hanyalah untk bercerai berai.. macam gampang. tapi aku baca jugak sampai habis sbb esok2 aku nak kahwin so baca untk ambil pelajaran.. : ) kesimpulannya kebanyakan kes2 bercerai yng diceritakan adlah disebabkan oleh masalah kewangan. dan masalah itu sebenarnya boleh diatasi kalau 'si suami dan isteri' faham macam mana nak 'menguruskan kewangan'. bayangkan la kalau kredit kad ada sampai 8 semuanya dah 'exceed limit' lepas tu refinance rumah then 'joli sakan'.. bila dah 'kering' memang la 'berperang'. tapi kalau sapa nak baca boleh baca, especially yng suaminya kaya raya, ada 5 kes kalau tak silap saya. lepas kahwin perempuan ni duduk kat rumah (habis..dah suaminya kaya katakan) kerjanya shopping dan buat 'culinare' last2 suaminya hilang dan dia kena tanggung semua hutang. sbb semua harta atas nama perempuan tu. dan semuanya belum settle hutang.. haruu!

saya cadang dari bulan ni sampai hujung tahun ni saya akn fokus balik pada buku2 yng tntg finance. tak nak lagi la pinjam buku yng macam saya sebut kat atas tadi sbb ianya menggangu mood dan perasaan. 2 buku baru yng saya pinjam adalah bertajuk

  • Traders, Guns & Money by Satyajit Das - Knowns and unknowns in the world of dazzling Derivatives... dah baca dlm 30 muka surat, memang best.
  • Privatizing China by Carl E.Walter dan Fraser J.T Howie - The stock market and their role in corporate reform... juga best.

well...

sementara tak boleh nak 'tepek' template baru ni, tulis je la apa yng patut. agak lama juga menyepi dari berblogging selepas aku kena 'flag' tempoh hari, entah sape yng flag blog aku, wallahuaallam, lantaklah malas nak fikir.

dalam kepala ni banyak benda aku nak cerita.. nantilah aku susun, macam2 topik aku nak share dan persembahkan tapi masa pulak agak limited. honestly study market ni memang acquire 80% 'masa', semasa aku 'online', kalau market sana jatuh kena tengok kat sini macam mana, kalau market sini yng jatuh market sana pula jadinya macam mana, kalo aku yng jatuh? kena pandai2 la cari tangga. begitulah lumrahnya setiap hari.. tapi untungnya belum juga.. : )
ngape ler.. payah bebenor nak download template baru nih..