Tuesday, June 23, 2009

Si comel..



Balik dari tempat keja pagi tadi.. dia dah tercogok depan pintu, actually ni kucing jiran.. tapi dia suka merayau2 dan masuk kerumah orng tapi kami tak kisah sbb kucing ni tak pernah berak dalam rumah :) tengoklah tu.. baru bukak je sliding door, terus dia pegi dapur..



terus selongkar dapur sambil mengiau, agaknya dia tanya .. friskies ade tak?? geram tengok bulu ekornya..



teman bagi tahu dia.. friskies takder tapi nasi goreng ade ler, dia belasah juga nasi goreng tu.. :)



kekenyangan.. relax sambil bergaya manja..



nanti next time datang laagi boleh yaa.. agaknya itu kot yng dia nak cakap kat teman, tak pon mungkin dia nak tanya bile nak kawen, sunyi jer rumah ni.. hehe



aduhh.. gatal ler pulak telor ni.. lupa nak basuh suar dalam.. hehe. lepas main2 meloncat sana meloncat sini then dia pon keluar balik sbb ade kucing betina lalu kat depan rumah.. :)

p/s- at least terhibur sket hati tengok keletah si comel ni pagi tadi. takder mood laa.

Wednesday, June 17, 2009

Demam.....

...Dari hari Ahad..
Tapi kena keja juga sbb Kak Ika masih dok kat spital teman Abe Ari..

Panasnya badan.. time sakit2 ni terus terfikir, kalau dah ada Isteri.. bestnya

- boleh mintak picit-picitkan kepala...
- boleh soh tolong masakkan bubur atau ayam golek.. :)
- boleh mintak tolong mandikan..
- nak manja.. boleh baring baring kat riba dia.. auuww

Friday, June 12, 2009

Adakalanya...

Mengamati kehidupan, seumpama berdiri dihadapan jendela..

Disitu kita dapat melihat dua dunia yang berbeza. Satu dunia ialah di luar jendela, situasi dimana kita dapat melihat pelbagai peristiwa yng berlaku kepada orang lain.. mereka gembira, sedih, marah, bahagia dan sebagainya..

Dunia yang satu lagi ialah disebalik jendela. Iaitu diri kita sendiri, satu situasi dimana kita hanya dapat melihat diri sendiri.. kita dapat melihat diri kita sedang gembira, sedih, marah, bahagia dan sebagainya..

Perbezaannya...

Tika kita melihat ke luar jendela.. kita turut bersama-sama dgn mereka untk gembira, kita ketawa, kita pun turut merasa bahagia, kita turut bersedih, kita mendoakan kebahagiaan mereka dan sebagainya..

Namun..

Bila kita kembali disebalik jendela.. melihat diri sendiri. Sebaliknya pula berlaku..

kita sedih... mungkin tiada siapa yng tahu
kita gembira.. mungkin kita ketawa sendirian
kita bahagia.. hanya pabila menatap kembali memori indah yng terakam dalam album cerita, itu pun jika ada cerita yang bahagia..
dan kita mula berbicara sendirian dengan jiwa, lalu pelbagai persoalan ditanya..

'apa yng perlu dibuat sekarang'
'kenapa begini?
'dimana dia.. rindu pada dia..'
'adakah aku yng bersalah..'
'sepatutnya aku sudah berjaya..'
'Jika dia ada disisi.. gembiranya..'
'kenapa sikapnya begitu..'
'aku ingin pergi jauh..'
'aku ingin berbual dengannya.. tapii'
'aku ingin memikat hatinya.. tapii'
'aku keliru..'
'Oh Tuhan.. ampunkan dosaku..'

Begitulah sunyinya diri disebalik jendela..

Adakalanya... walaupun kita melihat berbillion jumlah manusia disekeliling kita, bersekeliling dengan rakan-rakan namun perasaan sunyi itu tetap ada dan ianya sentiasa ada...

Wednesday, June 10, 2009

Pentingnya cara mesej/ berita itu disampaikan..

Ini adalah kisah benar...

semalam pukul 2 petang Kak Ika iaitu rakan sekerja sedang makan bersama2 dgn suaminya. Sesudah makan.. Abg Ari nak masuk kerja balik, lalu Kak Ika suruh suaminya bawak kereta jgn naik motor.. dia cakap hatinya bimbang. Tapi Abg Ari cakap takder ape2.. so Abg Ari pun bertolak ke Kelana Jaya dgn menaiki motosikal..

Sampai di sunway... highway yng menghala ke Kelana Jaya.

Motor dibawa laju.. (berdasarkan info dari seorang saksi yng sangat baik hati)

Laju.... sehingga tak terkawal dan terbabas ke sebelah divider kiri jalan dan tergolek..

Banyak kenderaan berhenti... dan ada yng turun untk melihat dan memberi bantuan, kelihatan Abg Ari cuba untk berdiri tetapi gagal... kaki sebelah kirinya kelihatan terkulai.

Abg Ari ambil handphone dalam poketnya dan terus menghubungi isterinya iaitu Kak Ika yng sedang bekerja di kaunter..

Perbualannya ringkas sahaja...

Abg Ari : Maaa... aku accident, kaki aku patah!

respond dari isterinya...

Kak Ika : Abangggg!!! ..... gedebuk terus terduduk... nak pengsan.............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


moral story: Kalau kita dah tahu orng yng tersayang tu lemah semangatnya, pastikan cara kita sampaikan mesej tu tidak terlalu memeranjatkannya. Macam kes yng ini nasib baik Kak Ika nak pengsan kat dalam kaunter, kalau dia time tu dia sorang2 kat dalam tandas? or sorang2 kat dalam office... tak tau saya nak cakap macam mana. So cara kita sampaikan mesej/berita tu penting sebenarnya..

p/s: terima kasih bebanyak kepada brother yng tolong Abg Ari, dari call Ambulans sampailah dia follow ke PPUM dan kemudiannya tunggu pula kami sampai kesana.. kami berbual singkat dan dia terus berlalu tanpa mengharapkan apa2 balasan, sungguh mulia hatinya. Semoga Allah mencurahkan rahmat, memberikan kesejahteraan dan murahkan rezeki kepadanya..

Tuesday, June 9, 2009

Halal? .. pastikan ianya halal..

Semalam kalau ikut jadual, tanker yng datang untk supply minyak ke stesen patut datang awal dlm pukul 8 malam.. tapi pukul 12 lebih baru sampai. Takpalah.. teman tak kesah sbb sama ada awal atau lmbat tanker tu datang memang tanggungjawab teman untk 'receivenya'.

Cuma semalam.. Abg driver yng datang tu orng baru, teman pun tak berapa kenal. seperti biasa selepas ukur minyak kami pun mulakan pengisian kedalam tangki bawah tanah.. semuanya berjumlah 27,000 liter bagi petrol U97 dan 5400 liter diesel. So.. it take time to finish, mula2 kami banyak berdiam... then dah lama lepas tu barulah brother tu 'break the ice'..

brother : banyak ye kedai makan kat area ni.. - tanya brother ni sambil menengok nengok kawasan sekitar stesen.
teman : erm.. iya memang banyak. - teman time ni dah mula ngantuk2 ayam..
brother : kedai mana yng sedap?
teman : actually semua same je, yng belah depan ni kedai tom yam, boleh le tahan, yng bawah belah kiri ni kedai mamak, boleh le tahan juga, belah kiri ni kedai India muslim, yng kanan belah depan ni kedai India muslim campur ngan budak thailand masak tom yam.. yng kat hujung sana tu Old Town White Coffee.. boleh ler tahan juga..
teman sambung lagi..
teman : tapi kedai india muslim ngan budak tom yam ni, dia punya roti canai memang sedap, saya selalu beli..

then brother datang dekat teman sambil tengok 'name tag' teman..

brother : zaid sure ke yng kedai ni memang Indianya orang islam..?
teman : saya tak pernah tanya, tapi taukeh kedai tu cakap yng buat roti canai ni memang india muslim, tapi tak tahu betul te tak..
brother : kalau zaid tak sure sama ada betoi atau tak, ngape beli juga?
teman : ater.. dia punya roti fresh, bile kita order dia buat baru, tak macam kedai mamak yng kat bawah tu.. just panaskan roti yng lama..
brother : abang bukan nak tunjuk pandai dlm bab agama ni, tapi.. zaid kena ingat sebagai orng islam kita jgn buat main soal halal dan haram.. kita kena pastikan benda yng kita makan ni halal dan baru kita makan, sekiranya kita was-was maka halal tadi boleh tertolak dan silap2 boleh jadi haram..
teman : ermm... - hilang ngantuk ayam teman..
brother : nape penting soal halal dan haram ni? sbb salah satunya ia ada kaitan dgn 'kebersihan'. kita ni sebagai orng islam.. kita dididik untuk bezakan baik/buruk atau kotor/bersih.. bila kita berhadas kecil kita mesti bersihkan diri kita, bila kita berhadas besar.. maka kita wajib bersihkan diri kita kerana itu adalah tuntutan dalam islam. sekarang.. orng buat roti canai tadi kita tak sure adakah dia orng islam atau tak, katakanlah dia bukan orng islam.. bile dia pegi kencing atau berak, lepas pegang 'anu' dan punggung dia, dia basuh tak tangan dia? kita pon tak tahu..
teman :erm..
brother : cemane pulak kalau lepas dia 'melancap' then dia terus uli tepung roti canai tu? lagi haru.. sbb dirinya dalam keadaan kotor dan roti yng kita makan tadi juga kotor.. walaupun roti tu baru buat..
teman : gulp..!
brother : Abg bukan nak tunjuk pandai... tapi memang kita hidup kat KL ni, bila kita dah lapar, kita main masuk je mana2 kedai untk makan, tak kiralah kedai thailand, mamak atau India muslim.. tanpa kita soalkan sama ada betul atau tidak mereka ni orng islam.. so just hati-hati.. selalu ada sikap dlm diri kita, adakah ianya halal? then pastikan ianya halal sbb di akhirat nanti akn dipersoalkan lagi..
teman : .... OK - sambil angguk2 kepala..

Kami meneruskan perbualan... dgn menyentuh pelbagai topik lain. Bagi teman.. apa yng brother tu cakap tadi ada betulnya juga.. buat masa ni tak nak ler beli roti canai kat situ lagi, teman buat sendiri roti canai kat rumah. Teman welcome komen dari kekawan semua.. tima kasih.

p/s: perbualan diatas tidak ditokok tambah atau berkokok, bercambah.. :)

Wednesday, June 3, 2009

Jangan Tinggal Daku...

Jangan Tinggal Daku

Jangan tinggal daku
Oh kasih oh juwita
Kanda sedang rindu
Pada mu yang manis jelita

Hanya dikau seorang
Oh bintang oh pujaan
Tempat kasih sayang
Harapan di masa hadapan

Andai dinda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana

Ooo jangan tinggal daku
O dewi O kasihku..
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu

Andai dinda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana

Ooo.. jangan tinggal daku
O dewi O manisku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu


Buat yng tersayang... kedoakan selalu agar kesejahteraan sentiasa ada buat dirimu, ku pohon agar rahmat selalu dicurahkan pada dirimu dan aku tidak malu disini merayu pada dirimu agar setia bersamaku.. Aku mengerti apalah ada pada diriku, hanyalah seukir senyuman yng itu pun belum tentu mampu mengembirakan hatimu.. Namun fahamilah sayangku, didasar hati ini.. Aku amat sayang pada dirimu.. Andainya suatu hari dikau ingin pergi.. Mengertilah sayangku yng dunia pasti menjadi kelabu buat diriku dan aku kan berjalan dalam kelam dan hati menjadi resah tidak menentu..

Mengertilah sayangku.. kehadiranmu membawa banyak erti pada diriku.. Biar hari mendung namun hatiku tidak pernah rundung.. Biar malam tiada bintang namun ku tidak bimbang kerna engkaulah bintang hatiku..

Sayangilah daku dan setialah sayangku...

Dengarlah rayuan ikhlasku..

Saturday, May 30, 2009

nota-nota...

News-news ni diambil dari IFR dan actionforex.com.. agak penting so simpan kat sini senang nak study balik. Sudah masuk 4 hari dok mengadap Bloomberg TV, IFR news dan Dow Jones News Wire... best :) a lot of things happen..

- North Korea.. so far effect pada market agak small, even bankers dari SAXO Bank, Singapore cakap "its not a big deal".
- US Consumer Confidence Index jump to 54.9, surpassing economist estimate iaitu 46.5, it means 'recovery is in the pogrress'.
- Hang Seng Index now at 7 month high..
- Thailand Stock index meningkat secara gradual selama 12 minggu berturut-turut.
- KLCI beautifully dancing above 1000 mark.
- On wednesday... Yields bagi 10 year Treasury notes dan 30 year Treasury melonjak ke 3.74 dan 4.69, ini menyebabkan stock market utama around the world drop 'sekejap'
and ianya juga drag USD/Yen higher as traders cuba untk 'carry trade'. Dalam ekonomi, kenaikan Yields terutamanya bagi 10 year Treasury akn menyebabkan 'Yields bagi mortgage bonds juga meningkat dan ini tidak bagus bagi Housing sector. Namun bagi pihak bank ianya mungkin bagus sbb bank boleh charge customer dgn interest rates yng tinggi, keburukannya.. jika rates terlalu tinggi, siapa nak ambil loan? so far today Yields turun balik ke area 3.46 bagi 10 year dan 4.34 bagi 30 year.
- Harga minyak dunia diparas 66 USD per barrel, probably akan terus naik sampai ke USD 75 per barrel.. ada correlation dgn USD/CAD.
- GOLD now eyeing 1000 simbolical mark.
- General Motor bankrupt??

18:01 EUR/USD: The Time Has Come To Talk Of Many Things...-2- New York, May 29th. On
the Euro Road Map, the overbought hourly Bollingers 9+2.0) reside at 1.4125, if spot closes here at 1.4125, it will be the first time since the year end squeeze that we have closed on or above the +2.0 Bollinger on two consecutive weeks. On that occasion we ripped higher by 3.35 big figs on the third week (above the previous week"s close) but closed the week down at 1.3920 for a loss of a big fig wk-on-wk. Spot then declined to 1.2460 over the following nine weeks. If the same was to happen this time around, spot would kiss 1.4460 before stalling. On that last occasion, the high on the week was 1.4125, and so the next week"s peak was just 2.35 big figs, so if price action emulates that a 1.4405 peak.
What is interesting about that is that the cycle gurus gave us a sneak peak at their EUR/USD projections yesterday, this was very exciting because we haven"t seen a Euro forecast since late April. The say "A break of 1.4020, will signal the Euro will rally to 1.4300 before peaking, but this is becoming less likely. Take profit on long currency positions on strength as following this peak they should turn lower and close below the support levels, confirming the start of a sustained downtrend lasting several months." Peter.Wadkins@ThomsonReuters.com

16:50 AUD/USD: Out of The Limelight New York, May 29. Aussie triggered the 0.8010 barrier once noon day models switched and specs took a stab at it.
Surveying the weekly strategies, Aussie seems to have lost its Paris Hilton appeal at these levels. It is playing a support role as the limelight turns to NOK, BRL, and GBP. NZD and CAD were front and center last week and still remain on stage but are more passive longs than active.
The good news for Aussie is that time decay has worked in its favor. It had 8 days of rest around the 0.7800 level before plowing ahead today. Dual Bollinger Bands suggest that Aussie will meet resistance between 0.7995 and 0.8040 but momentum can work in its favor.
The fact that the CRB hit a multi-month high today is supportive but Aussie"s progress will likely be related to the rally in Asian shares. The All Ords are up 0.25% m-t-d. By contrast, the Nikkei is up 11% and the Hang Seng is up 20%. The rise in Asia shares is the reason why the shipping indices have been moving sharply higher. Though valuation interest in commodity currencies has waned, any sign of pick up in Asian economic activity could reignite Aussie"s fire. The Rio/Chinalco deal exemplifies the link between China"s growth and Australia"s prospects. Should this deal fall apart, then Aussie longs that bought on M&A prospects will be disappointed. Until then, AUSD/USD has good support at 0.7920 and AUD/JPY is targeting 81.25. Robert.Fullem@ThomsonReuters.com


15:41 EUR/USD: Stubbornly Bid, Closing The Month With A Bang New York, May 29th. With widespread talk of fixing requirements to dump Euro in decent size, the single currency is surprisingly well bid. The pair gouged out 1.4166 highs just ahead of the 11.00AM fix, has surrendered a little ground subsequently, off 30 pips, having bounced off 1.4120, and cruising into the London close in the catbird seat. New York traders are a little leery buying the tops, after all they did the same last Friday when 1.4050 printed, and the pair slipped to 1.3790 before turning around.
With Asian central bank names on the bid on dips throughout the month, you have to be just a little skeptical about the timing of South Korea"s announcement they will buy less USD denominated Treasuries going forward, the catalyst for the buck"s overnight demise. The extra bit of fluff to the topside in Europe related to an errant story that the UAE was also reducing the USD component of its reserves, subsequently amended to NOT reducing USD reserves. Price action on the month has been reminiscent of last year"s sovereign wealth sparked run to 1.6040, the bully boys always buying enough to turn it when P&Ls started to look sickly. With US equities co-operating it has been relatively easy for these deep pocket players this month, next month could get difficult as valuations become stretched in both equity markets and currencies. Spot last 1.4120, overbought hourly Bollingers 1.4145/1.4215. Peter.Wadkins@ThomsonReuters.com


Trade Idea: EUR/USD - Buy Again at 1.4035
EUR/USD - 1.4097

Most recent candlesticks pattern : N/A
Trend : Up
Tenkan-Sen level : 1.3964
Kijun-Sen level : 1.3964
Ichimoku cloud top : 1.3885
Ichimoku cloud bottom : 1.3737

Original trading strategy : Long position at 1.3920 met target at 1.4020

New strategy is : Buy at 1.4035, Target : 1.4140, Stop : 1.3980

The single currency found renewed buying interest at 1.3906 yesterday in New York session as expected (our long entry level was 1.3920 and got a fill there), then euro rallied today and met our target at 1.4020 (making another 100 points profit). Once resistance at 1.4051 was penetrated, the single currency gathered momentum and rallied to a fresh 2009 high of 1.4151 before easing.

Looking at the 4-hour chart, the bullish cross-over of Tenkan-Sen above Kijun-Sen provided a strong buy signal, suggesting the upmove from 1.2457 remains in progress for gain to 1.4167 (100% projection of 1.2457 to 1.3739 measuring from 1.2885), however, upside should be limited to 1.4180 (61.8% projection of 1.3425 to 1.4051 measuring from 1.3793) and reckon 1.4216, being 1.618 projection of 1.3793 to 1.3984 measuring from 1.3906, would hold today.

In view of this, whilst we are still looking to buy euro on pullback but one must not get overly bullish on next rise and should take profit when price approaches 1.4180. On the downside, expect renewed buying interest to emerge around 1.4028 (50% Fibonacci retracement of 1.3906 to 1.4151) and support at 1.3984 (previous resistance turned support) should continue to hold for eventual rally to abovementioned target.

Loss of 1.3984 would suggest a temporary top is in place and retracement to 1.3950 and 1.3910 would follow but euro’s downside would be limited to 1.3850/60.

Wednesday, May 27, 2009

Bloomberg TV

At the moment.. saya akn banyak menonton siaran berita ni melalui www.fxcm.com. Since sejak kebelakangan ni banyak perkara yng terjadi memberi effect kepada ekonomi. So I would just stay and watch this financial TV and study market disepanjang masa 'senggang' saya. Lagi pun saya cadang nak kembali aktif dalam forex/stock market. Blog kawan2 saya tak akn lupakan, tetap saya singggah :)

Saturday, May 23, 2009

Bangang punya syarikat Insurans..

Awal Tahun lepas.. after 'Rakan Cop prgrm' teman masuk satu insurans ni selepas di push oleh bekas rakan business bos yng kini dah pun kena fired.. sbb menipu. Masa prgm tu teman cuma bagi details biodata.. then after 2 week sales person syarikat insurans ni pun call ler teman.

Masa call tu biasalah, semua sales person mulut semua manis (termasukler teman).. so dia pun explain.. Insurans ni dia akan 'cover you' .. bla..bla.. bila kena kejar ngan lembu, tercekik tulang..bla..bla cirit birit, diganggu makhluk tak halus dan sebagainya. So after that teman pun decide, OK lah teman join.. so selepas sambung lagi sembang bla..bla..bla.. dia bagi kat teman options cara pembayaran. Bank in sendiri atau tolak melalui 'auto-debit' melalui maybank kad. Masa tu tgh busy.. so teman decide untk soh dia buat 'auto-debit', then teman pun bagilah nombor kad maybank. Then next 2 minggu bermulalah proses pembayaran dan teman 'dicover oleh syarikat insurans tu'..

Bulan Februari lalu.. masa tengah training buat akaun dgn boss kat dalam office.. Teman telah terperasan satu folder bertulis 'INSURANS' diantara banyak2 folder fail kat dlm office tu, lepas boss keluar teman pun amik folder tu then baru teman perasan, rupa-rupanya Boss dah ambil Takaful Insurans berkumpulan untk teman, Kak Ika dan Syawal (member senior). Malah Boss ada simpan semua details2 pembayaran yng mana juga start pada tahun lepas. So teman pun fikir.. kalau Boss dah buatkan insurans tuk teman, tak payoh ler teman nak bayor lagi untk insurans lain.

Sekarang ekonomi baru nak pulih so kena 'cut the cost and cut the fruits but enjoy the fruits and save the cost'. jadi teman call ler syarikat insurans tu cakap teman nak terminate polisi dan stop payment. Bla.. bla.bla diorang cakap OK, diorang akn stop 'auto debit' to. Bulan 3.. OK, bulan 4..OK then pagi tadi masa cek maybank2u.com, tergejut teman bila tengok duit teman dah kena potong oleh syarikat insurans tu balik.. Ish..Ish. tak boleh jadi nih, teman susoh2 nak menabung untk Kahwen diorang sesuka hati je nak ambik.

Teman terus call syarikat insurans tu.. 'robot' yng angkat cakap waktu keje cuma 'monday to friday, if you know the extension please press the number'.. extension mendenya.. mane la teman tahu. Takpe.. teman tak putus asa, teman call maybank, yng angkat 'robot' juga tapi ada orng yng keje.. nasib baik. Bercakap dgn En.Razif.. teman pun luahkan lah perasaan teman. Then dia cakap.. benda ni nak settle teman kena antor surat rasmi ke cawangan maybank Kinrara hari Isnin nanti untk soh diorang 'block' syarikat insurans tu dari 'mencuri' duit teman. Allah.. kena buat surat ler pulok, nak tunggu hari Isnin tu macam2 boleh jadi.. buatnye syarikat insurans tu debit payment untk bulan 3 dan 4 pulak.. naya ler teman.

Apa lagi.. teman terus pergi maybank, cucuk ATM kad, teman keluorkan semua duit.. cuma tinggalkan 30 ringgit je kat dlm bank tu. Lepas tu pergi Puchong Jaya.. masuk semua duit tadi dalam Alliance bank pulak.. Puas hati teman. Hujung bulan ni, dapat je gaji memang teman keluorkan semua then sumbat ke Alliance.. sampe mende ni settle. Bengong punya syarikat insurans.. kalau nak duit kita, laju je ambik.. tak bagi salam pun, tapi kalau kita nak balik.. Ade senang boleh dapat? Haramm...

Moral story.. kalau boleh, tak payah la nak buat 'auto-auto debit' ni, baik apa hutang pon, just bayar macam biasa awal2 bulan kat bank, senang cerita..

p/s: Buat Cik Ezzati, Cik Eiza dan Cik Neddy... tag2 yng Cik2 semua bagi kat saya, InsyaALLAH nanti saya buat.. saya tak lupa. Terima Kasih :P
p/s: Sambil buat keja.. dengar lagu Akon.. 'Beautiful' best .. Your so Beautifull!!

Thursday, May 21, 2009

Rindu pada kampung..



Kelmarin bila saya baca entry dari Cik Mooney yng bertajuk 'Kisah Mak2 kita' membuatkan saya teringat dan rindu pada Ayah dan Ibu kat kampung. Ingat nak amik coti nak balik.. rindu kat adik beradik, rindu kat pokok mempelam, rambutan dan maggis. Biasanya bila saya balik mesti dah habis buahnya.. sampai hati pokok2 tu. Dulu masa baru baru tanam and saya pun masa tu dlm darjah 2 or tiga, tiap2 petang saya la yng pegi siram pokok2 tu.. siram ngan air beras, air baja.. kekadang siram dgn air sirap atau air milo yng saya tak habis minum.. :) gambar kat atas ditangkap masa kenduri kahwin adik.. paling kiri kakak ipar, sebelahnya bakal adik ipar, kat belakang adik bongsu, Ibuku dan yng terjenguk2 tu adik ipar. rindu kat semua.. masa kenduri tempoh hari, makan sama-sama.. best sangat.




gambar yng ni.. Ibuku sedang explain pada anak2nya tentang sejenis pokok bunga (yng kat tengah2 warna kemerah-merahan tu), apa tah nama pokok tu dah lupa. pokok tu jika terlindung dari cahaya matahari ia akan bewarna hijau, jika terdedah pada matahari ia akn bewarna kemerah-merahan seperti diatas.. tak sure sama ada boleh buat ulam ke tak pokok tu. :) boleh kot rasanya. Rindu kat semua... tak lama nak puasa dah, kejap je kan dah nak Raya balik..

Wednesday, May 20, 2009

You Are Is What You Say....

I walk down the street,
There is a huge hole in the sidewalk,
I fall in
I'm lost..... hopeless,
It's not my fault,
It takes forever to get out.

I walk down the same street,
There is a huge hole in the sidewalk,
I pretend that don't see it,
I fall in again
I can't believe that I am in the same place again..
But it's not my fault
Still, it takes me a long time to get out.

I walk down the same street,
There is a huge hole in the sidewalk,
I see it
Still I fall i. It's a habit

My eyes a wide open
Already know where I am,
It's my fault,
I climb out quickly..

I walk down the same street..
There is a huge hole in the sidewalk
I walk around it.

Then.. I walk down a different street.

....PORTIA NELSON...

Dah habis baca? bacalah sekali lagi, baca perlahan-lahan..

Open your eyes.. the economic recovery process is already began, already began..
By the way... please drop by here and tell me what do you think..