Awal Tahun lepas.. after 'Rakan Cop prgrm' teman masuk satu insurans ni selepas di push oleh bekas rakan business bos yng kini dah pun kena fired.. sbb menipu. Masa prgm tu teman cuma bagi details biodata.. then after 2 week sales person syarikat insurans ni pun call ler teman.
Masa call tu biasalah, semua sales person mulut semua manis (termasukler teman).. so dia pun explain.. Insurans ni dia akan 'cover you' .. bla..bla.. bila kena kejar ngan lembu, tercekik tulang..bla..bla cirit birit, diganggu makhluk tak halus dan sebagainya. So after that teman pun decide, OK lah teman join.. so selepas sambung lagi sembang bla..bla..bla.. dia bagi kat teman options cara pembayaran. Bank in sendiri atau tolak melalui 'auto-debit' melalui maybank kad. Masa tu tgh busy.. so teman decide untk soh dia buat 'auto-debit', then teman pun bagilah nombor kad maybank. Then next 2 minggu bermulalah proses pembayaran dan teman 'dicover oleh syarikat insurans tu'..
Bulan Februari lalu.. masa tengah training buat akaun dgn boss kat dalam office.. Teman telah terperasan satu folder bertulis 'INSURANS' diantara banyak2 folder fail kat dlm office tu, lepas boss keluar teman pun amik folder tu then baru teman perasan, rupa-rupanya Boss dah ambil Takaful Insurans berkumpulan untk teman, Kak Ika dan Syawal (member senior). Malah Boss ada simpan semua details2 pembayaran yng mana juga start pada tahun lepas. So teman pun fikir.. kalau Boss dah buatkan insurans tuk teman, tak payoh ler teman nak bayor lagi untk insurans lain.
Sekarang ekonomi baru nak pulih so kena 'cut the cost and cut the fruits but enjoy the fruits and save the cost'. jadi teman call ler syarikat insurans tu cakap teman nak terminate polisi dan stop payment. Bla.. bla.bla diorang cakap OK, diorang akn stop 'auto debit' to. Bulan 3.. OK, bulan 4..OK then pagi tadi masa cek maybank2u.com, tergejut teman bila tengok duit teman dah kena potong oleh syarikat insurans tu balik.. Ish..Ish. tak boleh jadi nih, teman susoh2 nak menabung untk Kahwen diorang sesuka hati je nak ambik.
Teman terus call syarikat insurans tu.. 'robot' yng angkat cakap waktu keje cuma 'monday to friday, if you know the extension please press the number'.. extension mendenya.. mane la teman tahu. Takpe.. teman tak putus asa, teman call maybank, yng angkat 'robot' juga tapi ada orng yng keje.. nasib baik. Bercakap dgn En.Razif.. teman pun luahkan lah perasaan teman. Then dia cakap.. benda ni nak settle teman kena antor surat rasmi ke cawangan maybank Kinrara hari Isnin nanti untk soh diorang 'block' syarikat insurans tu dari 'mencuri' duit teman. Allah.. kena buat surat ler pulok, nak tunggu hari Isnin tu macam2 boleh jadi.. buatnye syarikat insurans tu debit payment untk bulan 3 dan 4 pulak.. naya ler teman.
Apa lagi.. teman terus pergi maybank, cucuk ATM kad, teman keluorkan semua duit.. cuma tinggalkan 30 ringgit je kat dlm bank tu. Lepas tu pergi Puchong Jaya.. masuk semua duit tadi dalam Alliance bank pulak.. Puas hati teman. Hujung bulan ni, dapat je gaji memang teman keluorkan semua then sumbat ke Alliance.. sampe mende ni settle. Bengong punya syarikat insurans.. kalau nak duit kita, laju je ambik.. tak bagi salam pun, tapi kalau kita nak balik.. Ade senang boleh dapat? Haramm...
Moral story.. kalau boleh, tak payah la nak buat 'auto-auto debit' ni, baik apa hutang pon, just bayar macam biasa awal2 bulan kat bank, senang cerita..
p/s: Buat Cik Ezzati, Cik Eiza dan Cik Neddy... tag2 yng Cik2 semua bagi kat saya, InsyaALLAH nanti saya buat.. saya tak lupa. Terima Kasih :P
p/s: Sambil buat keja.. dengar lagu Akon.. 'Beautiful' best .. Your so Beautifull!!
11 hours ago

